Wednesday, 11 January 2012

Aku Bersalin C-Sec Part 1


Part 1
Lagi 3 ari genap 40 minggu.

Senin, 31st Oct 2011
 2.30 am. Tak ade rase Sakit pinggang, tapi rase berdebar. Aku dah  x saba nk tggu kelahiran Alya, kalau bersalin arini pon okey gak, sbb kami dah plan nk induce je.

4.30 am, rase sakit mula terasa. Agaknya ni ke contraction tu? Dalam mamai tido tu, terus nak sambung tido. Eh eh sakitnya datang lagi. Hubby call mak, then kami bsiap ke Kuantan. Hubby mandi aku check beg. Time ni air ketuban dah turun. Phew!  Singgah M’c D sbb aku nak minum milo J  

5.13am, Dlam perjalanan, aku kira bape kali contraction. Demi Allah tiap kali contraction tu terasa, air ketuban kuar sama, sakit sangat2. Istigfar banyak2. Bila perjalanan tu jumpa bonggol (Kemaman), sakitnya sangat horror. Alhamdulillah, kereta tak banyak, sangat senyap & lancar. Tiba2 hati rase sayu bila hujan renyai2 pon turun.

6.00am. sampai umah. Tak perlu turun dari kereta kata mak, pas solat Subuh ni, kita terus g ospital. Aku dah tahap menggigil sebab tahan sakit & sejuknya cuaca hujung tahun pantai timur. Contraction dah makin kerap, maka air ketuban dah byk yg kuar. 6.45-7.00am. dah sampai HTAA. Register kat Pusat Bersalin Risiko Rendah. Misi tu kasi baju suh tuka. Bila check2 jalan dah bukak 6cm. “okey awak dah boleh bersalin ni”. Serius bila vagina aku kena sentuh tu sakit dah tak boleh tahan, aku menjerit. Hubby ingat dah bersalin kat situ. Ini bukan tempat nk bersalin lagi. 

1 comment: