Wednesday 11 January 2012

Aku Bersalin C-Sec Part 1


Part 1
Lagi 3 ari genap 40 minggu.

Senin, 31st Oct 2011
 2.30 am. Tak ade rase Sakit pinggang, tapi rase berdebar. Aku dah  x saba nk tggu kelahiran Alya, kalau bersalin arini pon okey gak, sbb kami dah plan nk induce je.

4.30 am, rase sakit mula terasa. Agaknya ni ke contraction tu? Dalam mamai tido tu, terus nak sambung tido. Eh eh sakitnya datang lagi. Hubby call mak, then kami bsiap ke Kuantan. Hubby mandi aku check beg. Time ni air ketuban dah turun. Phew!  Singgah M’c D sbb aku nak minum milo J  

5.13am, Dlam perjalanan, aku kira bape kali contraction. Demi Allah tiap kali contraction tu terasa, air ketuban kuar sama, sakit sangat2. Istigfar banyak2. Bila perjalanan tu jumpa bonggol (Kemaman), sakitnya sangat horror. Alhamdulillah, kereta tak banyak, sangat senyap & lancar. Tiba2 hati rase sayu bila hujan renyai2 pon turun.

6.00am. sampai umah. Tak perlu turun dari kereta kata mak, pas solat Subuh ni, kita terus g ospital. Aku dah tahap menggigil sebab tahan sakit & sejuknya cuaca hujung tahun pantai timur. Contraction dah makin kerap, maka air ketuban dah byk yg kuar. 6.45-7.00am. dah sampai HTAA. Register kat Pusat Bersalin Risiko Rendah. Misi tu kasi baju suh tuka. Bila check2 jalan dah bukak 6cm. “okey awak dah boleh bersalin ni”. Serius bila vagina aku kena sentuh tu sakit dah tak boleh tahan, aku menjerit. Hubby ingat dah bersalin kat situ. Ini bukan tempat nk bersalin lagi. 

Emergency Prolonged 2nd Stage Part 2


Risiko mmg rendah, tp baby tak nak kuar kt cni

7.30-8.00am – Kat cni, Alhamdullilah Arif & mak mentua dapat temankan. Time ni jalan dah bukak 6cm. ada 4 orang nurse ada sama. 

8.30-9.30am. Nurse & mak cuba bantu & ajar aku camne nak teran, sbb jalan dah bukak 10cm. tiap kali Contraction datang aku cuba teran lagi dan lagi. Dalam hati dah berkata, 30 minit pertama ni aku sangat penat & haus. Aku x yakin boleh teran lagi. Tapi nurse2 ni nak jugak aku teran. Even nurse2 ni cakap kepala baby dah Nampak, aku mmg dah x larat. Aku x pandai teran. Rase x cukup oksigen nak bernafas. Kaki dah kejang & badan dah penat.  Dah sejam aku cuba, bukan tak usaha. 

9.30am – ada sorang doctor cina yg bengong tu dia x pasal2 datang then marah2 aku. Siap ancam kalau aku x teran lagi, kalau vaccum & forcep nanti kepala anak aku putus. Perlu ke aku dengar semua tu ek?

Rupanya baby Alya berada dalam keadaan terlentang (opposite position). Dengan berat 3.2kg, ukuran kepala 32cm baby tu agak besar nk kuar normal…









Opposite Position Part 3

Kat cni Alya lahir
Part 3


9.45am - Keputusan doctor, akhirnya kena kuar ‘ikut tingkap’. Bila Arif kata asalkan baby & aku selamat..aku jadi berani nak masuk dewan bedah.

 Lepas amik darah, utk ke dewan bedah aku kena naik ambulan. Keadaan kat luar hujan gerimis + mendung. Dengan baik hati nak elak muka aku dari tempias dek hujan, makanya ditutup penuh muka aku ngan kain.  Cis, mesti org igt ada kematian kan..tp aku tak kisah dah, sakit contraction tu berterusan nih,

cepatlah selesai. Hanya Allah saje yg boleh bantu utk tahan & bersabar sbyk yg boleh. Istigfar banyak2..subhanallah…demi anakku ini..mengalir air mata lagi.

Sampai di dewan bedah, kena tunggu lak operasi pembedahan sebelumnya. Sejuk dewan bersalin ni buat aku menggigil..”sabar ye puan, sekejap lagi kita masuk”. Lega bila staff nurse btau. Ada byk dokumen kena sign.  

“saya doctor yang akan keluarkan baby puan ye, kita akan mulakan sekarang”. Aku diminta duduk, pegang satu bantal, tahan pada satu palang besi, meke cucuk bius pada tulang  belakang. Baring semula. Mata lak ditutup. 2 tangan mendepa. Mula rasa kebas dari paras pinggang. Hoh..terus x rasa contraction tu lagi. 


Selesai  operasi
Anak Mama
Ayat kursi adalah antara ayat2 yg boleh mengurangkan rasa sakit bersalin. Aku sedar operation ni, aku juga sedar bila badan aku bergerak2 kerana usaha tarik semula baby yg berada dlm ruang pelvic kembali ke ruang rahim utk dikeluarkan. Kalaulah xde bius..sakitnya di hujung nyawa. Beberapa minit pastu..chak!!..aku dengar benda keluar..tarraa..waawaaa that’s it..my baby is crying…berdebar2 rasa. Aku dngar meke rekod berat, ukur lilit kepala bla bla…

Time ni mata dah boleh buka, “puan, tengok baby puan”, aku toleh kanan, seperti yg didoakan selalu..confirm baby girl…laju je air mata..thanks pada meke yg ada di situ. Meke tepuk bahu aku & kata semua dah selamat. “tahniah ye puan”.

Dari lampu di atas kepala, aku nampak kerja2 menjahit semula kesan torehan. Tak sanggup nk tengok lama2, banyaknye darah..

Budak ni la yg selalu tendang2 perot mama
“puan, baby puan dalam keadaan terlentang, bukan meniarap macam biasa”, dia mendongak ke langit”, doctor tu tambah lagi, masa kandungan bulan 7-8 dia dah turun ke pelvic.

6 jam selepas pembedahan barulah terasa sakitnya kesan pembedahan. Menggigil nak turun katil. Sakit sungguh. Sape yg melalui mesti faham kan. Utk 3 hari pertama kelahiran Alya benar2 mencabar kami berdua. Insya Allah akan di post pd masa akan datang.