Tuesday 20 September 2011

Jangan Kasi Nama Anak Anda Cenggini eh..

Yang pemarah- KEIJI CACIMAKI
Yang suke bjimat- SAYORI SUKAMURA
Yang bisu- KIETA TADASORA
Yang suka mkn nasi- NANACHI KASIBANYA
Yang suka layan blues- APO NADIKATO
Yang suka belajar- ASHIKO ULANGKAJU
Yang kerap bikin kacau- WAKASI HURUHARA
Yang sangat kedekut- MATIMATI TAMOKASI
Yang suka sangat tidur- ICHIBAN TIDOMATI
Yang suka mengintai- HINTAI AKOSUKA
Yang tua-TARAGIGI PADANMUKA
Yang kene tinggal bini- SUSAHATI BINILARI
Yang suke merempit- SAJA CARIMATI
Yang lembab- AYUMI SIPUTBABI

Monday 19 September 2011

Bersalin di Private Hospital or Hospital Kerajaan

 “Bersalin kt mana nanti?” Tanya member aku berkenaan lokasi nk deliver baby.
“Insya Allah, HTAA Kuantan..”
“ laa..kenapa x osptal private je..”dia menambah.
Ini bukan 1st time org bg reaksi camtu bila aku btau nk bsalin kat ospital gomen. Aku jawab, sbb mak mentua aku sister pencen di ospital yg sama, kami laki bini pon confident dgn kehadiran emak kami itu di osptal kelak.
Sebenarnya aku dah banyak dengar citer & pengalaman kurang sedap mereka2 yg bersalin di ospital gomen ni. 

Kes 1
“Ospital gomen ni layanannya kasar, hak sebagai pesakit tidak dijaga, ditengking, diherdik, macam lah kita ni rakyat asing”.

Kes 2
“ Reen, ko mesti belajar teknik pushing (meneran), nanti tak pasal2 kena sound dgn nurse, belajar tinggi-tinggi pon tak pandai meneran!” takkan lah nak kaitkan teknik & skill meneran tu dgn belajar tinggi-tinggi? Bukan syllabus university diajar pon. Pelik aku.

Kes 3
Yang ni aku serun giler. Kak Ieda lahirkan anak pertama dulu kt spital gomen (skang preggy anak ke-4, sama tempoh ngan aku). Dia lahirkan baby kul 5pagi,  jahitan dijahit jam 7 pg. giler lama dia tunggu. Then time doctor tu selok2 vagina dia, sakit yg amat sangat maka Kak Ieda tersentak dan tertendang doctor tu. “ Ha..ape lagi angkat punggung
tu, yg awak tendang2 saya ni buat ape?” luka torehan bersalin tu dijahit tanpa bius beb!!! Jahit hidup-hidup! Tak de bahasa punya doctor.

Kes 4

Yang ni kakak Hanin, coursemate aku dulu. Bukan citer time deliver baby, tp dalam tempoh pantang kakaknya pelik kenapa area rahimnya masih rase sakit. Kadang2 kuar cecair kuning & berbau busuk amat sgt. Then bila dia refer doctor, rupanya ade sisa kain (gauze) dalam rahim dia yg agak panjang. Aku mmg pelik, besar sgt ruang rahim lepas deliver baby sampai masuk bendasing ketika sesi jahitan? Then doctor tu minta jgnlah dibesar2 isu ni. Berlaku di HKL.

Kebaikan melahirkan anak di Hospital Kerajaan

1.   Hospital swasta tak tanggung risiko kehilangan nyawa. Hospital gomen tanggung risiko ini. Kebiasaannya spital gomen akan terima kes ini even risiko dtg berganda sbb tak simpan rekod mengandung ibu.
2.   Sebab attitude pekerja ospital yg ade perasaan, “kalau senang private amik, kalau susah2 serah pada kita”. Maka takdelah keikhlasan di hati mereka2 ni dan wujudlah sesi marah2 dgn jadikan tiada rekod sbg alasan.
3.   Ada juga situasi staff mendahulukan pesakit mereka dari pesakit yg dihantar ospital private ni.  


Kes 1 
“Bersalin di HKL, alhamdullilah ibu & baby selamat pulang dgn selamat. Ade ramai doctor pakar & nurse yg membantu. “
Kes 2
Bersalin kt Osptal Kajang, saya puas hati even kena operate coz baby hampir lemas. Even nyawa baby & ibu 50-50 tp Alhamdulillah Doktor & nurse jaga kami dgn baik sgt.
Kes 3
Sgt bertuah ada bbrapa student praktikal yg jaga saya dgn baik & ajar mcm mana nk perah susu guna tgn bg pd baby yg berada dlm NICU utk rawatan. At least saya x perlu beli alatan perahan susu yg mahal.

Kesimpulannya….
Bersalin kt mana-mana pon ade risikonya. Tapi letakkan rase tawakal kepada Allah.  Ada beberapa amalan & surah tertentu yg boleh diamalkan ibu & bapa utk memudahkan bersalin.
Bagi aku, utk ibu-ibu  1st timer ada bbrapa perkara yg perlu dipertimbangkan sebelum decide PRIVATE OR GOMEN. 

Kondisi Kandungan 


Setakat ni, kandungan macam mana? Pernah ada masalah?  Atau normal sentiasa time check-up.  Kalau normal, Alhamdulillah.
Yang penting, pilih hospital yg ade kelengkapan lengkap utk menyambut kelahiran serta standby utk baby kalau berlaku komplikasi. Ini termasuk ada pakar sakit puan dan pakar kanak-kanak oncall,  ada wad neonatal ( NICU) juga kemudahan incubator etc. certain birthing centre yg kecik2 ni takde paediatrician & kemudahan incubator. Insya Allah kalau ospital gomen smua tu ada. 
  
Financial
Kalau staff gomen ade GL. Staff swasta ada GL dari majikan atau perlindungan insurance.
Tujuan berjaga-jaga sekiranya ada komplikasi..maklum lah kita x tau benda nk jadi.
Kalau ada GL, smua osptal gomen cover. Kalau bersalin normal smua boleh bayar, tp kalau baby ade problem (nauzubillah) masuk NICU berhari2..kos rawatan beribu2 sehari.
Kalau bersalin private, cepat2 booking supaya sempat wat check-up at least sekali..jgn terus dtg nk bersalin je..nnt pihak ospital x tau pregnancy history.


Yang penting sekali, peruntukan utk bersalin mesti ada…dan alternative lain- perlindungan insurance. 

   

Friday 16 September 2011

Peluang Ke-2, Perlu atau Tidak?

Been picked up, tried on, taken home, then returned’.. Bagi lelaki siapa tinggalkan siapa amat penting. Simbol kekuatan dan kelemahan. Siapa lebih berkuasa dan lembik macam sayur. Namun bagi pompuan, apa yang membuat kita tekad tinggalkan lelaki yang kita kasihi?

Sempena bulan Syawal ni, ramai juga pasangan mengambil peluang mengadakan majlis sarung cincin. Selamat bertunang buat sepupu belah Arif yang berlangsung sempena public Holiday Hari Malaysia ni – 16 September.

Sorang kawan aku dulu, Dahliya juga bertunang di bulan Syawal. Ape khabar Liya? Semoga berbahagia ye Liya. Mia dan aku hadir di majlis pertunangan Dahliya, kawan baik kami. She made up her mind. She looks gorgeous! Berbaju lace putih gading dan solekan mata warna madu emas. Aku langsung tak lihat riak sedih pada wajahnya.

Kerna arwah neneknya pernah berpesan bahawa kita sebagai pompuan, mesti berada di pihak yg tidak melebih-lebih atau terlalu meminta-minta. Cukuplah lelaki itu menyayangi kita seadanya.

Intitusi hati pompuan, dalam apa jua hubungan, selalu digerakkan oleh naluri material. Aku tak pernah lupa bila Liya berkorban banyak perkara untuk Razman tersayang dari zaman sekolah. Murah hati bayar bil tepon, settle installment Satria Neo Razman, malah Lia sanggup belaja masak ayam kicap itam legam + lada itam favourite Razman tu. Ugh!!   

Tapi Lia tak boleh berdiam diri melihat cara idup Razman yang mencemaskan.

Ya, mana mungkin jika aku. Lia tak mampu bersaing dengan gadis gediks muda yg kian melambak + miang! Razman fikir, kahwin boleh ditangguh. Kegemaran Razman melepak di De Stulang, kadang aku sendiri malu dengan lelaki Melayu yang mabuk sebab minum arak murah.  Yang pastinya Razman x minum alkohol. 

Siang keje, abih opis, melahu sampai santak pagi lepak minum. Rendam baju sampai busuk, pijak2 terus sidai. Seluar dalam pakai berulang. Abiskan duit dengan stok Dunhil tiap bulan. Duit bukan perkara pokok, tp lelaki perlu ready dgn “bil2 p’hubungan”. Woman want to get married as soon as possible (A.S.A.P), Man want to delay a marriage as LONG as possible.

Hari ini, Liya sangat tenang saat ibu Jalaludin manyarung cincin di jari. Hati Liya rupanya milik si Jalal, opismate Liya sendiri. Liya  dan Razman adalah peristiwa kecik yg membawa kepada perpisahan dan keputusan meninggalkan. Bachelor attitude is fine. Jalal tak sekacak mana, hidung Jawa besar mcm bawang dan kulit gelap bermuka bulan. Tapi aku akui dia sangat gentlemen dan berbudi bahasa. Malah janji kasih-setia dipegang & dihormati. Memang Razman dtg memujuk rayu. ‘When one door of happines closes, another opens’ (Helen Keller).

Aku benar2 harap Liya bahagia. Sometimes, perpisahan itu lebih baik.   
Sebab “we’re just different people now”. Break cuma perlu beberapa saat, nak cantum bertahun. Bisakah boleh lupa begitu? If u loves someone, let them go, if they return to you, it was meant to be. If they dont, their loves was never yours to begin with. A song isn’t a song until u sing it, a bell isn’t a bell until u ring it, LOVE in ur heart isn’t put there to say LOVE until u giv it away.


Peluang kedua menjanjikan perubahan positif, menampal yang berlubang, menutup yg cela, merawat yg luka, membuang yang keruh..semuanya yg baik2 saja. Jika tidak, buang masa aje menunggu cinta tak berbaloi..

petikan Surga Cinta oleh Ada Band = ‘ inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan, atau hanya mimpi yang tiada pernah berakhir jua”…


Thursday 15 September 2011

Senarai Kelengkapan Orang Baru

Persiapan menyambut Orang BARU!!!

I’m a 8 month preggy mommy. Dah tiba masa menyemak keperluan & kelengkapan utk baby yg bakal lahir 2nd November atau mungkin lebih awal dari tu. Yang buat aku blur, tak nak berlaku pembaziran atau beli yg x patut.

Baby membesar dgn cepat & amalan membeli terlalu byk kelengkapan dlm tempoh bbrapa bulan pertama selepas klahiran adalah merugikan. Kan lebih baik diperuntukkan utk pkara lain (mcm rawatan utk ibu ke J)

Saranan yg diberikan pd aku, mula buat belian kelengkapan baby bila kandungan berusia 7 bulan. Realistik nya kandungan sudah matang & bakal dilahirkan, malah alahan pon dah pulih. Masih larat & ada kederat nk berjalan shopping.  

Antara list yg aku dah buat :

PAKAIAN
Mulakan dgn pakaian asas je, yg lain beli bila baby mula membesar. Ada yg galakkan beli baju baby saiz 6 ke atas. Aku beli saiz 14 beb. Haha..
·         Sarung tangan
·         Sarung kaki
·         Baju lengan panjang & pendek
·         Seluar panjang & pendek
·         Rompers
              Topi /topi bonet

LAMPIN
Aku plan baby akan guna lampin moden. Tp utk tempoh awal kelahiran, dia akan guna lampin pakai buang. Utk pastikan kebersihan bayi sentiasa dijaga, kena beli juga : 

·         Lampin kain moden/pakai buang
·         Diaper liner (pelapik) kalau nk guna lampin kain moden
·         Tisu basah
·         Beg lampin (travelling)

MANDIAN
Aku mesti suka time mandikan anak aku karang, even aku x dapat nk imagine lagi camne nk hold si kecik tu camne rupa..

·         Tab mandian baby
·         Pengalas tab mandian baby
·         Tuala muka
·         Tuala mandi
·         Mandian baby (bath/shower)
·         Syampu baby

PENJAGAAN BABY
Tahap kebersihan & keselesaan baby tu penting supaya dia wangi & segar bila didukung.

·         Bedak baby
·         Losen baby
·         Minyak baby
·         Sikat/berus rambut
·         Minyak telon
·         Pemotong kuku
·         Kapas muka
·         Krim ruam lampin
·         Kain bedung
·         Barut

TIDUR
Samada tidur dgn baby (co-sleeping) atau tidur berasingan, masih ade bberapa barangan yg kena beli utk baby tito ngan selesa. 

·         Katil baby
·         Tilam
·         Cadar
·         Selimut
·         Bantal
·         Bantal panjang

PENYUSUAN
Aku sangat berharap dpt menyusukan baby sepenuh masa bila dia lahir kelak. Apetah lg 6 bulan pertama. Dan aku juga full time housewife. So, aku masih berkira2 adakah perlu barang2 di bawah.

·         Pam (manual/bateri/elektrik
·         Bekas simpan susu
·         Beg pendingin
·         Pek ais
·         Termos (kalau guna susu formula)
·         Botol susu bebas BPA
·         Puting
·         Berus botol
·         Bekas simpan air masak

BERIADAH /BERSIAR-SIAR
Selepas habis tempoh berpantang, sure nk bawa baby jejalan. Utk perkembangan minda dan meneroka persekitaran:

·         Car seat
·         Baby sling
·         Stroller
·         Nursing cover

Masih ade lg yg belum disediakan, spt set ibu bersalin sbb mak aku bikin sendiri. Emak aku tu orang Jawa, makanya tempoh pantang akan menjadi sesi yg mengerikan.  Style Bengkung Jawa yg dibelit 10 meter itu betul2 grip pd badan dipakai 24/7 hanya dibuka bila mandi & buang air saje + Jamu pahit sampai ke tulang sedapnya +  + air suam diambil sikit2 x nak perot boncit + Mandi ngan air dedaun macam2 jenis + bertangas + bertungku + badan disapu langir (lulur) etc pot pet pot pet...dan byk juga larangan2 yg mesti dipatuhi spt jalan pelan2 mcm Geisha pakai Kimono + Air sejuk lak harem sama sekali + makan nasi x boleh tambah (masa bubuhan nasi pertama letak penuh2 ek?)

Sarapan pagi hanya Milo tanpa susu manis kegemaran..makan halia & bilis + lauk singgang rebus2 + rempah utk panaskan badan ..ntahapeapelagintah..bila dengar pelan rawatan bersalin emak kelihatan kejam siott.. 

Dengan semua persediaan & perancangan ini, aku harap Perancangan Allah adalah yg paling baik. Insya Allah..smoga aku, suami & baby  dilindungi dari musibah dan dikurniakan kegembiraan.   
Till then sebarkan cinta..!

Sunday 11 September 2011

Menantu HANTU!!!

Tak sempat nak beraya umah kawan2, maklumlah tahun ni turn belah suami beraya. Jauh nya aku meninggalkan JB skang ni. Kalau nak kenang zaman anak dara beraya dulu, x mungkin aku lupa kisah kelat org baru berkahwin berpuasa & beraya umah mentua. Benar2 beri pengajaran. Semoga dpt kongsi ilmu hidup berumantangga ni dgn korang ye… JJ  

“Malang dpt akak ipar mcm tu” bentak Farah bila aku tanya psl akak ipar dia. Yelah majlis kahwin meriah. Sblum ni aku slalu tegur sikap Farah mburukkan akak ipar sendiri. Tp bila mdengar sendiri dari ibunya, aku mula menimbang tara fakta yg diceritakan. Abang nya bertemu Si Kemproh (bukan nama sebenar) ketika di kampus dulu, konon sama cantik + setaraf. Cpat benar decide nk tunang, kenal br setaun. Then announce nk kawen. Katanye perkara baik jgn ditangguh lelama.


Hari minggu bangun smpi matari atas kepala, xde segan silu pd mentua. Mcm org gaji dbuatnye org tua tu pagi2 wat sarapan. Dgn muka selamba, duduk ngadap meja. Terus makan! Tu pon si Farah jd jam loceng, klu x..jgn dharap dia laki bini nk bangun. Blom campur lg tgk dia mbebel kalo meja kosong xde sarapan. Bukannya  ringan mulut tanya ape yg blh dbantu. “Menantu ape mcm tu”. Bukan tak mahu ditegur, ibu Farah risau niatnya disalahertikan dan hubungan family jadi renggang. 

“Bayangkn reen, bln posa lpas, aku & mak aku berhempas pulas kat dapur siapkan juadah berbuka. Dia boleh bantai tido pas blk keje”. Aku pon pnat keje, tak sampai ati nak biar mak aku sorg2 kt dapur. Masa nk berbuka terhegeh-egeh cuci muka. Then mcm biasa, selamba makan. Pas makan lempar je pinggan kat singki.

Sikap Si Kemproh tu makin melampau + menjadi-jadi. Sikap buruknya kian menyerlah bila hampir Aidilfitri. Betul2 menguji ksabaran ibu Farah. Sehari-dua sblom raya, umah Farah meriah dgn adik beradik + anaks sedara balik. Suasana ceria..tp ia tak disenangi Si Kemproh.
Ditengkingnya budak2 ni sbb bising. Kononnya bingit, memekak je dan  disuruh budak2 tu main kt luar. Bila kakak Farah dengar Si Kemproh jeritkan anaknya, abihlah perang. Farah dah citer semuanya..mmg dia cari modallah. Bagai disimbah minyak Along Farah. Bukan mcm ibu Farah yg lembut hati.

“Sebaik abang Farah balik keje, si Kemproh ajak berbuka di rumahnya. Dgn muka mcm musibat, dia selamba langkah mak aku anak beranak yg sibuk menganyam ketupat. Bukan nk cakap tumpang lalu ke hape. Paling sakit ati, diam2 dia bungkus kuih raya mak aku bikin dan bawa ke rumah mak dia. Along kate lagi, dia menantu kurang ajar. Nasib mak malang dpt menantu mcm dia. “Mak aku cuba sabarkn Along, tgh2 posa, kurang pahala”. 

Akhirnya..skang ni abang Farah pindah keluar. Tak sanggup tgk drama lg. Abangnye akui, silapnya tidak tegur & biarkan isterinya bertindak biadap terhadap keluarga sendiri. Insya-Allah janji abangnye, dia akan ubah sikap Kemproh perlahan-lahan. Emph.. Farah kate raya ni langsung tak bertandang ke rumah.

Demikianlah kisah kelat yg dilalui oleh seorg mentua yg bermenantukan gadis yg kurang ilmu dlm isilah kekeluargaan. Tak mustahil sikap Si Kemproh biasan dlm masyarakat kita skang ni.
Jika kamu..! ya kamu, bersikap seperti itu..ubahlah secepat mungkin. Jadilah menantu sanjungan mentua. Jika yg salah itu berpunca dr kita, sbg menantu tak salah jika kita mohon ampun & restu utk terus hidup di smping anaknya. Jgn direbut kasih suami dr familynya, kita tak akan menang. Cmon gal..hubungan suami isteri ada talaknya..tp adik beradik + ibu ayah x akan putus. 

Ingatlah pesan Rasullah SAW..ibu mentua mcm ibu kita juga. Derhaka kpd mentua sama derhaka kpd mak sendiri. (Oh tidak!! I luv my mums)

Utk isteri2 + aweks2 semua, mari kita tunjuk sikap hormat pd mentua @ bakal mentua supaya cinta hati kamu sayang kamu selalu Till then…Selamat beraya!!! Spread luv!!