Sunday 18 March 2012

Masih Ada Cinta : Dalam Mereka Itu Masih Ada Suami & Isteri ( Part 2)




Petikan dari sebuah drama-

“kenape buat isteri macam tu”?
“tak sayang ke? apa salah dia”? Tanya seorang lelaki. Rakannya bermain cinta kedua di belakang isterinya yang satu ketika dulu digila-gilakannya.
“hmmm entahlah..tak tahu”
“tak sayang lagi ke”?
“tak juga...jemu kot”.

Tergamam. 

Alasannya…senang sekali. Isteri dan anak-anak yang sempurna itu tidak lagi mendatangkan bahagia. Atas sebab yang mudah..JEMU.

“Jemu kau kata? dengan yang baru ni tak jemu satu hari nanti”?
“segalanya cinta, tanggungjawab belom masuk cerita”. Panas hati.
Biarpon terganggu dgn drama ni, aku mengambilnya sebagai peringatan.

Bahawa di dalam sebuah rumahtangga anak 2-3-4-5 ibu bapa dan anak-anak bukan segalanya. Selama mana sekali pon bahtera rumahtangga belayar, suami isteri tetap ada.

Hari ini 19 Mac - Selamat ulangtahun percintaan tahun ke-7. Hujung tahun nanti kita akan meraikan anniversary yang ke-3. Perjalanan masih jauh…


Thursday 15 March 2012

Masih Ada Cinta : Dalam Mereka Itu Masih Ada Suami & Isteri ( Part 1)

“Alya dah minum susu”?
Baju Alya nak beli lagi?”
“Siapkan semua barang2 & baju kita 3 beranak, kita went away 3 hari”. 

Ada hari sempat mengadap PC, ada harinya tak sempat. Dalam tempoh Alya yang masih belum pandai merangkak, perhatian sepenuhnya perlu diberikan, sebab dia sudah pandai bergolek. Sudah berapa kali Alya meletakkan dirinya dalam bahaya. Bergolek hingga ke hujung katil. 

Sejak kehadiran Alya, mandi kurang 10 minit, shampoo bukan lagi selang 2 hari, malah facial tidak lagi sekerap dulu. Alhamdulillah..Allah mengurniakan kulit kurang bermasalah. 

MASA

Bukan sahaja soal membahagikan masa, tetapi juga soal kesegaran minda dan tubuh badan kerana syarahan boleh jadi leteran, jika kepala dan telinga yang mendengar dalam keletihan.

Esok, semua kerja rumah bersambung : solat-pam susu- siapkan sarapan-mandikan Alya-sapu rumah- buang habuk- basuh baju-masak- etc…

REHAT

“Penat kan Mama”? Tanya suami. Aku hanya senyum.
“kenapa senyum?” Tanya suami lagi.
“salah ke senyum”? aku bertanya. “Bukan salah, tapi lain macam je bunyinya.
“Dulu abang, sekarang abah” aku sambung lagi “ .
“oklah tu”, atau nak tukar “Abahnya dan Maknya”. Suamiku berlawak.
Hahaha…Kami ketawa. 

Dalam hati berkata-kata, masa berlalu begitu pantas. Dari kerkenalan-pertunangan-pernikahan. Puas bercinta & berbulan madu, setahun kemudian aku dikhabarkan mengandung. Rezeki dari-Nya. Dulu, bila tengok iklan susu, berangan nak anak comel sekian..sekian…

Begitulah kehidupan berkembang, seiring dengan peredaran masa dan pertambahan usia. 

Semasa awal berumahtangga, semuanya indah, dilayan seperti puteri. Ianya satu peningkatan dan pencapaian dalam kehidupan.

Keadaan itu berubah kepada keadaan baru dengan ketibaan baby kurniaan Allah. Hanya Allah saja Yang Maha Mengetahui hebatnya  perasaan kami saat mendukung  Alya buat pertama kali.

“kini kita bertiga”. Saya senyum.

Dalam sebuah rumahtangga, itu bukan hanya ada Abah dan Mama, bukan hanya ada Paknya dan Maknya. Rumahtangga juga sentiasa ada dua insan yang masih seorang suami dan isteri. Kerana sibuk dengan rutin seharian, kita tak sedar membiarkan status seorang suami dan seorang isteri itu tenggelam. Suami melihat isteri itu sebagai ibu kepada anaknya. Isteri melihat suami sebagai ayah kepada anaknya. Pandangan suami dan pandangan isteri hilang tanpa sedar. Apa yang tinggal, hanya pandangan ibu bapa melalui anak-anak yang memamah seluruh masa yang ada dalam sebuah rumahtangga. 

Hari ini (8 Mac 2012) saya dan suami mengambil cuti sebagai ibu bapa Alya. Kami meraikan ulangtahun kelahiran di satu makan malam indah buat kali kedua. Sebagai optional anniversary yang lalu, kerana sesi pantang belum tamat. 

Kerana dalam kehidupan kami sekeluarga masih ada suami dan isteri dan hari ini adalah hari suami dan isteri.