Monday 25 April 2011

Garam -Garam yang Telah Aku Makan

Dalam usia nak masuk 30 tahun next year.. kisah makan garam dah lama lekat di hati. Maybe aku suka konotasi versi ni, sbb sangat bermakna jika dihayati. Tapi ini versi aku, the very me. Even belum banyak garam yg aku makan, tapi inilah rentetan yang aku pelajari dalam proses yang nak kenal idup. Mungkin tak semasin sampai ada darah tinggi mcm emak aku tapi inilah "I Have Learned" versi aku...

  • I Have Learned" jatuh dalam longkang KEGAGALAN sgt busuk dan kotor. Mmg amat menyedihkan. Walau teruk mana sekalipun kejatuhan itu, there is always a safe place is at home. When I’m back to be jobless again, family tetap menyokong & membantu + mendoakan

Tiada yang lebih dapat menerima jatuh dan bangun diri kita sebagaimana keluarga kita. Walau dihina majikan giler kuasa, kwn baik sendiri melukakan hati, disepak ke kiri ke kanan ibarat bola dan dilambung ke atas ke bawah oleh orang lain, keluarga tetap menerima kita seadanya. Keluarga adalah  segalanya.

  • " I Have Learned" bukan menjadi favourite student bukanlah bermakna kita x pandai, Cuma x menonjol. Aku mengaku bengap sungguh dgn subjek Prinsip Akaun & Add Math. Walau kwn2 x sudi membantu, aku x give-up.  Wajib amik subjek akaun di universiti, aku cari buku form 4 dan study smula macam baru abih PMR. Alhamdullilah aku boleh ajar pulak kwn2 lain. Sbb aku bukan MACAM kwn aku zaman sekolah yg kedekkk ilmu tuh!
  • " I Have Learned" even result Labour Law, Organizational Dev, Math Business, Statistic, HRM bukan laksana warna-warna indah yang terbang gemilang, it doesn't mean that I'm hopeless. Sebelum ni aku percaya tu. At least aku merasa jd executive HR Personnel utk 1 sykt hebat.  Aku wat payroll smua staff, layak buat Performance Appraisal..bla bla..berbanding yg dapat 4.00 tp takot nak masuk industry. Alasan…aku tak berani lah, aku x biasa keje late nite bla bla pot pet pot pet. Masa study berlagak giler! Ko sowang je ade assignment, ade kuiz, ade test..ade problem Negara.
  • " I Have Learned" Allah ciptakan ibu dan ayah dari kapasiti cinta + kasih + sayang tiada batas buat anak-anak. Aku selalu bertengkar dengan abah. Sbb abah aku jenis orthodox, x percaya dgn kredibiliti anak ppuan. I'm sorry. Aku sayang parent aku.Tapi aku hysteria giler bila abah cat bilik aku kaler oren yg ckit lagi sama kaler bas sekolah!!  Ibu dan ayah pinjaman buat anak2 sebagai bukti kasih-Nya. Sementara masih sudi Allah pinjamkan, show ur love.
  • "I Have Learned" Zaman menuntut ilmu memang indah, berbunga matahari & pelangi. Mencari ilmu, itu waktu paling istimewa. Cherish the moment while u still can. Dah merasa masuk alam pekerjaan. Inilah reality.. susahnye cari duit. 
  • " I Have Learned" Old friends is a safe spot. Keep them and cherish the new ones. Walau ramai kawan yg aku ada sekarang ni, aku tetap percaya aku perlu ada kawan lama yang lebih kenal dari aku kenal jiwa aku sendiri. Mereka tahu tema lagu hati ini. Kalau aku terlupa, ada rescuer datang menyanyikan ke telinga, supaya aku tak akan pergi jauh dari realiti diri.
  • "I Have Learned" Manusia memang tak pernah puas dengan apa yg dimilki. Macam aku, nak sangat rambut ikal mcm Grace Kelly @ mak, aku perm rambut siap blonde sejurus amik result SPM. Jemu rambut frecles, buat rebonding. Masuk UTM , drama Korea popular, aku perm lagi sekali. Masuk tahun 2 decide nak bertudung, aku potong kontot macam Demi Moore dalam GI Jane! Tentera militan. Then..aku selesa imej sekarang.
  • " I Have Learned" Lelaki mmg kompleks, unpredictable. Benarlah Allah jadikan Adam dan Hawa berbeza. Pernah ade bos lelaki dan pompuan. Yg lelaki pelupa, yg pompuan particular even hal yg paling remeh di dunia...bila aku nekad tender resignation, baru ade hati nk senyum. Blah la, talak dah jatuh!
  • " I Have Learned” berlaku byk perkara dlm hubungan cinta aku, ada byk lg fasa2 perubahan yg melibatkan kami & keluarga. Kini dah pun berumahtangga, bakal jadi ibu & ayah. Kami dah bersedia. On going learning &perlahan-lahan. Kalau dulu, terpaksa bermasam muka tanda protes & merajuk. Arif kesayangan aku ni suka berdiam diri malas bercakap bila moody. Cara mengurus emosi lelaki ppuan mmg x  sama..
  • Aku suka filem yang mushy-mushy tahap sob-sob tapi hubby lebih suka citer perang + pukul org + hantu . Tp tu dulu...now Arif boleh layan movie Something Gotta Give..how sweet...!! J diikuti dgn Definitely Maybe, Leap Year, The Holiday, Made of Honour, Ayat2 Cinta, Ketika Cinta Bertasbih…
  • " I Have Learned" mencuba resepi baru kadang2 memberi hasil ngeri & berupa aneh. Dari kecik lagi aku suka objek2 kt dapur.Resepi pertama aku – biskut makmur, aku uli masa umur 8 tahun.Aku goreng kuih siput pakai baju hujan dgn helmet abah.  Sbb tu mak tetap kuar modal utk beli bahan masakan, even dia x tau aku nak masak ape. Terkait dgn wanita America nk belajar masakan French oleh Merly Streep dlm Movie Julie & Julia “should be learn by soul & heart”.Sejak kawen ni kemaruk memasak masakan Itali-  Il mio cibo amore marito, amo cucinare!
Mungkin banyak lagi garam yang akan aku makan..but till then mari kita sama-sama mengharungi hidup ini sambil menyebar senyuman dan cinta. Spread Love..

Friday 1 April 2011

April Fool itu BARAT kah?


“Reen, tengok, kain ko koyak!!” Haa?! Serta merta aku pusing belakang siap angkat kain lagi. “APRIL FOOL!!!! Haaahaaa..smua kawan2 pakat gelak kuat2. Waah..aku senyum aje, dah kena dah.

Itu cerite zaman skolah, penghujung 90-an. Hebat betul pengaruh & budaya modernisasi (modernization) membaratkan kami.

Inilah kelemahan jati diri membenarkan diri dibaratkan. Nak komen tentang April Fool tak banyak sumber dari mana sejarah ia bermula. Nak hurai mana yg betul & salah, rasanya x perlu. Jelasnya memang fool!

Ramai yg cuba meniru budaya barat keparat, malah ade yg mudah terikut-ikut. Berlebih2 menjadi barat. Perkara baik dari barat tidak pula diikut. Yang busuk + hodoh + keparat pula didambakan.

Tawfiq Idris - formerRoman Catholic
 priest converted to Islam
Yang Kristian pun keliru dgn mengaitkan Kristian dgn Barat. Bukahkah Kristian lahir di Tanah Arab, tapi ade pula yang mengaitkan Barat adalah Kristian. Memperalatkan Kristian utk menjustifikasi perbuatan keparat setengah mereka.

 Seorang Barat yang menjadi Muslim, mereka akan terus bercakap bahasa barat + makan hidangan barat + mempunyai ibu ayah berbangsa barat + adik beradik berbangsa barat = tetapi tetap menjadi Muslim tulen di Negara Barat.

Apa yg ditinggalkan adalah bahasa carut kasar barat + cara hidup yg merosakan + kandungan haram dalam hidangan barat + menjauhi perbuatan yg bertentangan aqidah & iman antara ibu bapa adik beradik dalam hubungan work life & sosial life mereka. That’s it. Itu yg benar.

Da Hott Cam*lia 
Kita boleh menjadi moden tanpa perlu menjadi barat. Seseorang itu  boleh menjadi barat tanpa perlu menjadi keparat.

Semoga barat yg berkahwin Muslim akan terus menjadi Muslim tulen. Insya Allah…

Finalis Gadis Melayu tu.
hanya beri contoh saje

Menghitung Hari


“ Mungkin satu hari kita akan bersama lagi aku masih mengharap segalanya akan berulang semula” ..sadis sungguh Farah menyanyi ketika majilis kawin Liya.


Aku suka g majlis kawen kwn2, waktu ni blh jumpa kwn2 lama. Nampaknya makin skit yg bujang.  Alhamdullilah. We just plan, Allah decides. Biar kawen lambat asalkan pilihan yg baik dan direstui keluarga masing2. Yang penting bukan ambil hak orang lain. Mana mungkin kita akan bahagia dan mendapat berkat Allah jika di awal permulaan hubungan lagi kita sedang meruntuhkan hubungan suami isteri, anak & ayah. Kita mungkin menang dalam hubungan cinta, tp kasih Allah lebih agung. Insya Allah, kita akan dapat ape yg kita minta. Buruk baik sekalipun.

 Hingga kini, Farah masih gagal lupakannya, jauh sekali utk membenci. Ini bukan ayat cliche! Ini bukan kisah cinta biasa lelaki prempuan. Ia lebih dari itu. Aku akui, bukan mudah nak menyayangi lelaki, bila sekali jatuh cinta, aku akan sayang seadanya. Farah kenal Farid lima thn. Dua tahun lalu, mereka break.

Semua kerana kesilapan bodo Farah. Sejak itu, mereka masih b’hubung. Hingga Mac ini, Farah dpt tahu Farid telah bertunang & akan menikah Ogos ini. Betapa remuknya hati Farah. “Hanya Allah saja yg tahu reen”, aku & Mia jadi speechless. Biarlah kami kongsi perasaan Farah ini. Namun, Farah tetap menghubungi Farid spt biasa.



Malah, Farah pernah bertanya, jika Farid mahu mengatakan sebarang perkara. Namun jawapannya seperti biasa –tiada. Farah tidak berdendam dgn Farid, walau apapon yg berlaku. We all know how she felt head over heels in love wif him. If someone asked her what’s the meaning of love, she would definitely say, it’s taking less & giving more. Dlm kelompok kwn2, ada juga yg menyuruh Farah membenci Farid. Ada juga yg menyokong. Tak mungkin Farah membenci. Farah tak boleh. Kenapa? Allah melarang hamba-Nya membenci each other.

Ketika Farah belom beli kereta, dia pernah mengekori seseorang yg mirip Farid dalam cab, hingga ke  Pasir Gudang dari City Square. Gila betul! Farah juga sayangkan keluarga Farid, emak, ayah, adik-adiknya. It’s wonderful thing being with his family like your own.

Farah harus terima hakikat, Farid bukan miliknya lagi. Farah menghitung hari tiap masa utk tiba Ogos ini. Mudah-mudahan, Allah akan menjadikan dia hamba-Nya yg tabah. Farah sudah tidak pedulikan hatinya lagi. Farah tidak mampu mencintai lelaki lain buat masa ini, walau sebesar zarah sekalipon.  Bak kata Farah, tidak sedikit pon akan mengubah perasaan ini terhadap Farid. Tidak mungkin Farah akan bertemu lelaki sebaik dia lagi selepas ini. She won’t pin much hope on the mail, and when the phone rings, she won’t expect anyone wonderful to call. Oh..Farah…we luv you..


Harus akui kata2 suami tersayang, sukar mencari lelaki yg baik, budiman dan jujur zaman sekarang. Bak kata P Ramlee,"lelaki sekarang lebih berharga" (Bujang Lapok movie).  Sedangkan ayah yg penyayang bisa menjadi suami curang, apetah lagi mencari lelaki baik di awal hubungan. Bagaimana nak trace? 


Utk insan yg paling aku cinta, insya-Allah hubungan kita diserikan dengan kehadiran baby sulung kami November nanti. Aku selalu mendoakan hubungan ini, x berani mendoakan si dia bahagia dgn orang lain.