Saturday 26 February 2011

Every Women Should be Like a Diamond


Export,friendsterblog 21/11/2008.

Bukan mudah nak dpt job sekarang..tak pelah..semoga Allah membukakan pintu rezeki utk aku kelak. Orang lain jgn berhenti mendoakan, jgn hanya melukakan.

Lepas 6 bulan bertunang, ade projek baru. Sambil cari idea baju2 cecantik utk sanding. Tiap bulan beli majalah Pengantin + 2 majalah lain, Kumpul & Menang. Cari gambar barang kemas then potong + simpan = 3 bulan macam ni. And now, sedang berfikir lengkapkan ayat “saya suka barang kemas Diamonds kerana….”

Kalau Dato’ Farah Khan, Ivanka Trump, even Queen Rania, mungkin layak mengatakan “every woman MUST wear a diamond”. Orang terkenal dan idup mewah, petik jari, semuanya depan mata. Manalah semua wanita mampu memiliki berlian, regenya mak ooi. Terpulanglah..kpd individu, kalau mampu, apa salahnya. Aku pon suka, tapi dlm majalah je lah! (sbb tu try contest).

Aku mula teringat perbualan antara dua budak pompuan maybe form 3-5. Cukup sedih mendengarnya “tengoklah nanti, jangan terkejut bila aku dah tak pakai tudung ke, aku pakai seksi ke, aku mekap vogue ke, biar dia terkejut tengok aku, aku nak cari pakwe lagi ensem dari dia” walahai dik..sampai macam tu sanggup berubah. Itu bukan azam, itu dendam. Tak mengapa kalau ingin berubah. Dalam usia begitu, tiada siapa yg pelik bila bergaya. Banyak pilihan trendy- ala gothic, scupltural, artistic mahupunharajuku. Aku sendiri ada byk chocker, bangle, rantai mcm2 warna. Dulu belum berani pakai trench coat tengahari buta but now ramai dah mula. Biarlah bergaya sbb minat atau kerana kamu fashionista.

Ketika zaman study dulu, ade sorg kawan ni, sgt famous sbb friendly, tidak la cantik sgt, cuma bijak bergaul manja. Dia pon bukan jenis byk ‘buayafrend’. Setiap ari ade je yg baru. Beg, kasut & perfume semua branded. Klip rambut pon berkilat2. Evita brand pon aku pcaya. Aku bukanlah sbuk + dengki. Mmg tiada sape yg amik kisah. Tp dia sendiri gatal mulut ala ‘CNN’, “u all tau, semua ni bukan I yg beli, termasuklah bra & panty yg I pakai, semuasugardaddy I yg beli’.

Aduh..sampai begitu sekali nk idup mewah. Kalau sampai mgadai diri, baik lupakan je!! Huh! Terkejut jugak time tu. Tutup mata, imagine – biarkan diri dipeluk cium lelaki sebaya bapa sendiri.

Berbalik kisah diamond , aku lebih setuju jika “every woman shud be like a diamond”. Tidakkah lebih manis? Wanita tak seharusnya memakai diamond supaya dipandang tinggi dan sempurna. Cuba utk menjadi sebutir diamond, even kecil namun bernilai. Lebih baik org kenal kita wanita berkeperibadian tinggi dan tahu menjaga diri. Itu lebih berharga. Tentu kita mahu pasangan kita berbangga dgn kita kerana pelbagai perkara.
Aku pon mahu jadi ‘diamond’ di mata org lain, terutama yg tersayang…



                                







http://reenreal.blog.friendster.com/2008/11/every-woman-shud-be-like-a-woman/

Ada Ape Pada HATI kAMU?

Layari jobstreet. Hoh! Keje dalam retail industry 3 tahun lepas, bg pengalaman paling mahal dalam hidup. Trauma dgn Branch Manager yg baru bertugas, mulanya menumpang. Aku halau kuar dr kereta sbb miang sangat. Baru2 ni, aku dengar dah kena terminate sbb kapur duit sales. Walahahh.. 


Jadi HR Exec di MJ, mula bertugas, dapat sorang assistant = gemuk + degil + mulut jahat + perasan ati baik. "asal hati baik", ayat biasa lepas Si Babat (bukan nama sebenar) ngutuk staf opis aku. Mulut macam mata nanas. Ape dlm fikiran, terus diluahkan tanpa selindung-selindung. Kalau si A gayanya comot bagai, jap-jap itu juga dijerkahnya si A. Ape lg hal umah tangga org. X sedar diri “wido*er”. Kalau bab menegur org Babat mesti menang! Dah byk kali ditegur + nasihat tp sekejap je. Sbb dah terbiasa, paling aku sakit hati, dia x pernah rasa bersalah, berani cakap “ah, lantaklah org nk cakap aku ni jahat mulut, asal hati baik”. Get me a sick bag!
Aku dah biasa mendengar kata-kata ni dr mulut org keliling. Abih ngumpat + mengata, ujung ayat ade unsur2 keinsafan mesti letak ayat tu. Kononnya mulut biar jahat, asal hati baik. Ye ke? Kalau 24 jam dok mengata org, betul ke baik? Aku makin sengsara & makan hati.

Mmg aku kdg2 jd marah dgn org2 spt ni. Tiada rasa hormat even aku ni head of dept. ye le aku budak lg..behtu?! keadaan keje buat aku jd pendiam & boleh la dikatakan lembut. Aku percaya ade org persendakan karakter aku ni. Terasa hati. Mcm kata Babat – biar org yg luarannya nmpk jahat mcm dia tp hatinya baik daripada yg depan lemah lembut tp hati belum tentu putih.

Bagi aku, tiada siapa berhak menentukan hati siapa hitam atau putih, selagi Allah tidak kurniakan kelebihan utk membaca + mendengar hati manusia. Bagi aku, dua2 penting. Mulut mesti baik, hati mesti bersih. Barulah org senang dgn kita. Cakap mesti ade sensor. Menegur org mesti ade cayanya. Begitu juga dgn  attitude. 

Utk Babat- kalau la sekarang ni ko masih seperti dulu..Tolong la..ko nampak sweet dgn baju kurung, paling selamat. Berhenti la ekploitasi badan ko yg begitu rupa dgn baju jaring ikan ko tu. Berubah la jadi yg lebih baik, then yg baik juga datang menghampiri. 

Love gives, loves shares, love blesses, love cares








Friday 25 February 2011

Saat Yang Mengubah Hidup

original dari blog friendster - written on 11/07/2007




Lily La Lola..07/2008
Mcm ade yg tak kena ari tu. Bila terpandang si Lili yg sihat, segar & cergas berlari2 melompat x sabar menunggu pintu rumah dibuka utk masuk. A relationship is like a garden. Kalau kita nak hubungan dgn satu lg makhluk hidup yg amat kita sayangi benar2 menjadi, kita mesti menjaga dgn cermat & sepenuh perhatian.

Sejak bulan posa lalu, Cuma Lili dlm rumah aku ni. Tiada lain dlm fikiran, cuma beri mkn, sediakan tmpt tido, bermain & bermanja.

When reverse gear ditolak, hati terasa berat, amat berat. Roda rasa berat. Bila tekan pedal, terbesit satu bunyi, macam keropok. Waktu tu hati terasa amat sedih. Aku berdoa yg di bawah kereta itu bukan la dia, tp tin, kotak air, kertas, ape2 lah. Asalkn bukan benda bernyawa.
Aku kuar dr kereta, aku tgk Lili menggelitik, melentik, menggelepar mcm ikan dalam kuali. Muka Lili masih cantik, tp lehernya mula berdarah & lembik. 

Kita selalu menganggap apa yg kita ada selama ni, apa yg kita miliki utk beberapa tahun ini tak memuaskan hati kita.  Kita fikir apa yg ada di tgn kita ini tak pernah cukup. Kita nak lebih. Peliknye, bila hajat dah capai, kemahuan dah dipenuhi, mulut ni mudah je nk merungut byk perkara. 


Sebelum my late sis pergi, aku selalu merungut dia suka membebel bila aku sepahkan sepit rambut, cekak + getah rambut miliknya. Aku merungut pembersih muka yg dia beli kurang berjaya menghilangkan jerawat pada muka. Aku bingit bila dia menjerit sebab aku tak kemaskan katil bila nak ke sekolah. 

Melihat Lili, aku rasa nak meraung tp menggigil. Suara tak kerkeluar. Ya Allah ambillah nyawanya cepat2. Janganlah seksanya begini. Dia berhenti menggelitik  20 saat kemudian. 

Ketika bekerja di Taman Pelangi Jb dulu, aku merungut ttg kerja pejabat yg bertimbun2, terpaksa ke bank dgn cash beribu2 ringgit tanpa guard yg teman. Apetah lagi opis di "kawasan panas". Tapi aku berterima kasih pd En Amin, dialah yg terima aku bekerja. Aku merungut lagi sbb dia suka bg keje ms lunch hour. 

Then..dia jugalah yang meredah malam cari aku di K12 bila aku sambung belajar di UTM. Seminggu sekali dia akan bawa piza & sate untuk aku dan kawan2. Waktu tu aku perasan dia gilakan aku. 


Kita ni selalu lupa menghargai sesuatu sepenuhnya bila ia ade depan mata. Kita hanya merasai kehilangannya bila mereka sudah pergi. Kit jarang bersyukur, tapi  dgn ape yg ada. Atau kita kadang2 bersyukur, tapi kita lupa utk bersikap lebih menghargai ape saja yg ada bersama kita. Hingga satu hari mereka pergi tak   kembali. 

Selepas Lili pergi, kaki rasa ngilu nk hidupkan enjin kereta. Hati rasa rindu teringat bau Lili. Masih ingat Lili menggelitik dalam pegangan tangan yg berdarah. Aku tanam dia belakang rumah, dekat pangkal pokok pisang. 

11 Julai 2007, nafas aku macam terhenti bila dikhabarkan En Amin meningal dunia sakit leukimia. Aku menyesal melarikan diri bila terserempak beliau di CS bila aku mula bkerja. 3 tahun di Utm aku tak pernah contact atas dasar ukhwah sesama Islam. Selama ini rupanya En Amin anggap aku mcm adik, tak lebih dari itu. Ya, waktu tu aku kurang fokus pd pelajaran, boyfren pula mcm hampeh! En Amin risau melihat aku begitu.  

Aidilfitri baru2 ni, sekali lagi aku tersentap bila suami Cikgu Rosita pula meninggal serangan jantung. Mana mungkin aku lupa, En Aziz yg bayar sarapan & karipap pusing tiap kali aku jumpe beliau. Maklum lah, aku keje kerani ting-tong kt kedai henpon lepas grad diploma, berdekatan dgn opis En Aziz, kelas tusyen aku. Sepanjang aku keje-belaja-keje tak pernah nak beraya atau bertanya khabar, seperti classmate aku yg lain buat. Sombong!  

Ada banyak pekara yang berubah selepas kejadian tu. Ada banyak pekara yang aku sesali selepas itu. Tak tahu kenape, melawat pusara my late sis kali ini, hati rasa sakit..air mata jadi murah, rasa rindu yg paling agung yang paling tak terubat. 10 tahun dia pergi tak pernah kurangkan semua kenangan bersama. Insya Allah..aku akan bersyukur pada smua yg aku ada..