Friday 25 February 2011

Saat Yang Mengubah Hidup

original dari blog friendster - written on 11/07/2007




Lily La Lola..07/2008
Mcm ade yg tak kena ari tu. Bila terpandang si Lili yg sihat, segar & cergas berlari2 melompat x sabar menunggu pintu rumah dibuka utk masuk. A relationship is like a garden. Kalau kita nak hubungan dgn satu lg makhluk hidup yg amat kita sayangi benar2 menjadi, kita mesti menjaga dgn cermat & sepenuh perhatian.

Sejak bulan posa lalu, Cuma Lili dlm rumah aku ni. Tiada lain dlm fikiran, cuma beri mkn, sediakan tmpt tido, bermain & bermanja.

When reverse gear ditolak, hati terasa berat, amat berat. Roda rasa berat. Bila tekan pedal, terbesit satu bunyi, macam keropok. Waktu tu hati terasa amat sedih. Aku berdoa yg di bawah kereta itu bukan la dia, tp tin, kotak air, kertas, ape2 lah. Asalkn bukan benda bernyawa.
Aku kuar dr kereta, aku tgk Lili menggelitik, melentik, menggelepar mcm ikan dalam kuali. Muka Lili masih cantik, tp lehernya mula berdarah & lembik. 

Kita selalu menganggap apa yg kita ada selama ni, apa yg kita miliki utk beberapa tahun ini tak memuaskan hati kita.  Kita fikir apa yg ada di tgn kita ini tak pernah cukup. Kita nak lebih. Peliknye, bila hajat dah capai, kemahuan dah dipenuhi, mulut ni mudah je nk merungut byk perkara. 


Sebelum my late sis pergi, aku selalu merungut dia suka membebel bila aku sepahkan sepit rambut, cekak + getah rambut miliknya. Aku merungut pembersih muka yg dia beli kurang berjaya menghilangkan jerawat pada muka. Aku bingit bila dia menjerit sebab aku tak kemaskan katil bila nak ke sekolah. 

Melihat Lili, aku rasa nak meraung tp menggigil. Suara tak kerkeluar. Ya Allah ambillah nyawanya cepat2. Janganlah seksanya begini. Dia berhenti menggelitik  20 saat kemudian. 

Ketika bekerja di Taman Pelangi Jb dulu, aku merungut ttg kerja pejabat yg bertimbun2, terpaksa ke bank dgn cash beribu2 ringgit tanpa guard yg teman. Apetah lagi opis di "kawasan panas". Tapi aku berterima kasih pd En Amin, dialah yg terima aku bekerja. Aku merungut lagi sbb dia suka bg keje ms lunch hour. 

Then..dia jugalah yang meredah malam cari aku di K12 bila aku sambung belajar di UTM. Seminggu sekali dia akan bawa piza & sate untuk aku dan kawan2. Waktu tu aku perasan dia gilakan aku. 


Kita ni selalu lupa menghargai sesuatu sepenuhnya bila ia ade depan mata. Kita hanya merasai kehilangannya bila mereka sudah pergi. Kit jarang bersyukur, tapi  dgn ape yg ada. Atau kita kadang2 bersyukur, tapi kita lupa utk bersikap lebih menghargai ape saja yg ada bersama kita. Hingga satu hari mereka pergi tak   kembali. 

Selepas Lili pergi, kaki rasa ngilu nk hidupkan enjin kereta. Hati rasa rindu teringat bau Lili. Masih ingat Lili menggelitik dalam pegangan tangan yg berdarah. Aku tanam dia belakang rumah, dekat pangkal pokok pisang. 

11 Julai 2007, nafas aku macam terhenti bila dikhabarkan En Amin meningal dunia sakit leukimia. Aku menyesal melarikan diri bila terserempak beliau di CS bila aku mula bkerja. 3 tahun di Utm aku tak pernah contact atas dasar ukhwah sesama Islam. Selama ini rupanya En Amin anggap aku mcm adik, tak lebih dari itu. Ya, waktu tu aku kurang fokus pd pelajaran, boyfren pula mcm hampeh! En Amin risau melihat aku begitu.  

Aidilfitri baru2 ni, sekali lagi aku tersentap bila suami Cikgu Rosita pula meninggal serangan jantung. Mana mungkin aku lupa, En Aziz yg bayar sarapan & karipap pusing tiap kali aku jumpe beliau. Maklum lah, aku keje kerani ting-tong kt kedai henpon lepas grad diploma, berdekatan dgn opis En Aziz, kelas tusyen aku. Sepanjang aku keje-belaja-keje tak pernah nak beraya atau bertanya khabar, seperti classmate aku yg lain buat. Sombong!  

Ada banyak pekara yang berubah selepas kejadian tu. Ada banyak pekara yang aku sesali selepas itu. Tak tahu kenape, melawat pusara my late sis kali ini, hati rasa sakit..air mata jadi murah, rasa rindu yg paling agung yang paling tak terubat. 10 tahun dia pergi tak pernah kurangkan semua kenangan bersama. Insya Allah..aku akan bersyukur pada smua yg aku ada..



No comments:

Post a Comment