Monday 23 April 2012

KOtak Cinta


Yeay, hampir ke penghujung April! Mode pulang ke kampong sudah terasa. Meaning : Alya hampir 7 bulan ketika itu. Baby kecik yg emak abah jaga masa dia sangat sangat..tecik!
Abang aku akan berkahwin, agak lewat di kalangan abang2 yang lain dan abah sendiri. Emak adalah orang yg paling risau akan kebujangan ketelajakan dia itu..alhamdulillah..lom masuk zon ‘terlajak’ hokeh.
Aku kurang setuju bila emak mengharapkan perkahwinan akan memudahkan hidup seorang lelaki bujang. Ade yg menjaga makan minum dia, basuh baju dia..jaga masa dia sakit. Aku faham, tapi emak lupa memberi tips menjadi suami yg flexible, tolak ansur dan memelihara kasih sayang.
Kerana itulah titik permulaan keje2 menyiapkan makan minum dgn cinta dan sayang ada di dalamnya…takat basuh baju tekan suis mak. Tapi nak melipat..menyusun dalam gobok itu yg mahal nilainya. Bila baju dah kemas, tangan yg mengambil baju itu tak sanggup nak menyepahkannya semula.

NGETEH
“Sudah berkahwin nanti, senanglah hati. Tidak perlu runsing-runsing lagi” kata Ali.
“Baju pun tak payah basuh sendiri. Sudah ada washing machine pelbagai guna!” sampuk Amir.

Semua ketawa. Berderai-derai, menyambut hari akhir bujangnya Ali.
walaupun semua kawan2 ketawa, hati Ali terbit rasa gelisah. Dia tahu, harapannya terhadap Hani, bakal isterinya, jauh lebih tinggi dan mulia daripada gurauan kawannya itu. Dia berharap agar perkahwinannya itu nanti akan menjadi mahligai hidup. Bayangannya banyak dibantu oleh drama, novel, dan kisah mulut yang didengari selama ini.
Malah sebahagiannya adalah bayangan ciptaannya sendiri.
Perkahwinan itu indah dan membahagiakan. 
KENANGAN…

Peristiwa gurau senda Ali bersama rakan-rakannya di restoren 24 jam mamak itu sudah lima tahun berlalu. Ali dan Hani juga sudah dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel. Ia benar-benar seperti watak-watak mahligai hidup yang pernah dibayangkannya dahulu. Dua insan sebagai pasangan yang sempurna, sepasang cahaya mata, seorang lelaki seorang perempuan.  Mereka bahagia.
Tetapi semacam ada sesuatu yang tidak kena. Apabila Ali keluar bersama rakan-rakannya, beliau gembira. Ketawa. Walaupun ketawanya tidak sampai melegakan hati, masih menjadi paracetamol  yang melegakan. Bila Ali pulang ke rumah, kepalanya serabut. Melihat Hani, dan merenung keletah anak-anak, ia tidak lagi menyejukkan mata. Ia memanaskan emosi dan rimas.
Ali tertanya-tanya mengahwini Hani merupakan tindakan yang betul? 

Jika cinta di luar perkahwinan banyak halangan dan kesukaran, mengapa selepas halangan-halangan itu hilang, perkahwinan tidak memberi bahagia?

HAKIKATNYA

Dalam perkahwinan tiada cinta. 
Ia seperti sebuah kotak yang kosong.
Cinta hanya ada dalam diri manusia.
Maka manusialah yang mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta.
Apabila manusia mula berhenti mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta, ia kembali menjadi sebuah kotak yang kosong.
Perkahwinan,ianya seperti zon saling memberi.
Banyak mengambil kurang memberi, perkahwinan kembali menjadi kotak kosong, sebuah penjara!
Untuk abang kesayanganku…selamat menjadi suami. You are a Man now. Till then..spread Love!