Friday, 13 May 2011

Bila LELAKI takde IDEA


Adoyaiii..macamne leh jadi kaunselor mamat di atas ek? Aku percaya lelaki spesis begini banyak di M’sia. Kerana tu ramai benar wanita yg pilih hidup sendirian. Lelaki tiada idea + kurang cerdik + hati kering + malas befikir. 

Aku sendiri kecewa pada lelaki malas membaca. Hanya ambil tahu perkara yg diminati saje. Sudahnya ape yg kamu tahu? Bola + F1 + Kereta + Moto + GP bla bla. 

Aku teringat adik angkat Ayesha & Salmiah,old prend kesayangan. Mereka berdua ni cantik, pandai, pelajar Master dan bakal menjadi career woman..mereka sangat sempurna di mata aku. Tapi hingga kini masih sendirian. Kami berbual panjang, tentang lelaki yg tiada idea. 

“kalau seksi cam Johny Depp tapi B*D*H tak guna gak, badan sedap cam Van Diesel tapi otak kosong hampeh tak guna, kalau macho + kasar cam The Rock tapi suka cari gaduh memalukan kita je”. Pergh! Ayesha cuma kagum dengan akal yg panjang sahaja.  Ayesha tak  akan tanya soalan quiz apa nama gunung berapi tertinggi di dunia atau manusia pertama jejak kaki di Antartika atau haiwan apa paling pendek ekornya. Bukan itu yg Ayesha maksudkan.

Perempuan sekarang (as me) tidak cair dgn idea.  Kami mahu kongsi idea, wacana, diskusi, berbahas tentang byk perkara. 

Ayesha di mata aku sangat provokatif. Dia mahukan bicara sejauh mana korupsi dalam pemerintahan boleh dihentikan? Hak Iran dalam pembinaan sektor nuklear, malah mengajak aku menghalusi impaknya pemberontakan rakyat Libya dalam usaha mencapai kemerdekaan demokrasi. Juga kewajaran HAMAS memiliki Palestin, Bagaimana AS  menghadapi kebangkitan China dlm super power ekonomi. Ayesha juga mengeluh  Burma kian makmur tapi rekod hak asasi manusia sangat buruk.

Memandangkan aku ini Johorean, kami rasa terkait dgn statement bekas PM jiran kita Singapore yg makmur, ekonomi yg stabil tapi dangkal dengan kefahaman dunia Islam. Beliau meminta rakyatnya beragama Islam melonggarkan sedikit cara hidup Islam mereka. 

Tambah Lee Kuan Yew, “I would say today, we can integrate all religion and races except Islam”, isu ini benar2 menaikkan amarah umat Islam di Singapore. Kami masih punya saudara Islam di sana. Kasihan mereka.

Tengoklah lelaki2 skang, hanya tahu seronok2 aje. Asyik citer pasal Piala Dunia, EPL, UEFA Champion League bla bla...


“itukan resmi lelaki”, kataku. Alah.. Reen, balance kan la.  Sesekali bola sesekali politik semasa. Ya betul. Aku sendiri pernah berebut channel dan sound sorang mamat yg berkeras nak tgk match siaran ulangan ragbi, padahal berita belum habis lagi. Keras hati betul, tak sedar lokasi dia tu dalam Kolej asrama perempuan. Itu pelajar U, bukan mamat takde otak  tau!

Ada ramai perempuan yg bukan bodoh. Jadi mereka tak kuasa dgn lelaki bangang. Kami baca TIME, tapi still baca CLEO, GLAM, In Trend. Tahu urusan dunia akhirat. Ini perempuan Melayu sepatutnya. Imbangan dlm intelektual itu penting. Perlu lelaki romantis + pandai melayan + high level of thinking serta kecerdasan minda yg mantap.

Kenikmatan hubungan bukanlah berbahas dan bergaduh nak makan pizza atau nasi lemak tiap kali kuar dating. Mengapa kita tak berdebat tentang kewajaran  Osama Bin Laden digelar terrorist?  Atau perkembangan Freemason yg giat dalam negara2 Islam.




“so, kau nak lelaki macam mana?” Ayesha xcited. Yang macam Prof Ungku Aziz, Ustaz Uthman el Muhammady, Feisal Tehrani, Tawfiq Idris, Habibur Rahman EL Shirazy....