Saturday 26 February 2011

Every Women Should be Like a Diamond


Export,friendsterblog 21/11/2008.

Bukan mudah nak dpt job sekarang..tak pelah..semoga Allah membukakan pintu rezeki utk aku kelak. Orang lain jgn berhenti mendoakan, jgn hanya melukakan.

Lepas 6 bulan bertunang, ade projek baru. Sambil cari idea baju2 cecantik utk sanding. Tiap bulan beli majalah Pengantin + 2 majalah lain, Kumpul & Menang. Cari gambar barang kemas then potong + simpan = 3 bulan macam ni. And now, sedang berfikir lengkapkan ayat “saya suka barang kemas Diamonds kerana….”

Kalau Dato’ Farah Khan, Ivanka Trump, even Queen Rania, mungkin layak mengatakan “every woman MUST wear a diamond”. Orang terkenal dan idup mewah, petik jari, semuanya depan mata. Manalah semua wanita mampu memiliki berlian, regenya mak ooi. Terpulanglah..kpd individu, kalau mampu, apa salahnya. Aku pon suka, tapi dlm majalah je lah! (sbb tu try contest).

Aku mula teringat perbualan antara dua budak pompuan maybe form 3-5. Cukup sedih mendengarnya “tengoklah nanti, jangan terkejut bila aku dah tak pakai tudung ke, aku pakai seksi ke, aku mekap vogue ke, biar dia terkejut tengok aku, aku nak cari pakwe lagi ensem dari dia” walahai dik..sampai macam tu sanggup berubah. Itu bukan azam, itu dendam. Tak mengapa kalau ingin berubah. Dalam usia begitu, tiada siapa yg pelik bila bergaya. Banyak pilihan trendy- ala gothic, scupltural, artistic mahupunharajuku. Aku sendiri ada byk chocker, bangle, rantai mcm2 warna. Dulu belum berani pakai trench coat tengahari buta but now ramai dah mula. Biarlah bergaya sbb minat atau kerana kamu fashionista.

Ketika zaman study dulu, ade sorg kawan ni, sgt famous sbb friendly, tidak la cantik sgt, cuma bijak bergaul manja. Dia pon bukan jenis byk ‘buayafrend’. Setiap ari ade je yg baru. Beg, kasut & perfume semua branded. Klip rambut pon berkilat2. Evita brand pon aku pcaya. Aku bukanlah sbuk + dengki. Mmg tiada sape yg amik kisah. Tp dia sendiri gatal mulut ala ‘CNN’, “u all tau, semua ni bukan I yg beli, termasuklah bra & panty yg I pakai, semuasugardaddy I yg beli’.

Aduh..sampai begitu sekali nk idup mewah. Kalau sampai mgadai diri, baik lupakan je!! Huh! Terkejut jugak time tu. Tutup mata, imagine – biarkan diri dipeluk cium lelaki sebaya bapa sendiri.

Berbalik kisah diamond , aku lebih setuju jika “every woman shud be like a diamond”. Tidakkah lebih manis? Wanita tak seharusnya memakai diamond supaya dipandang tinggi dan sempurna. Cuba utk menjadi sebutir diamond, even kecil namun bernilai. Lebih baik org kenal kita wanita berkeperibadian tinggi dan tahu menjaga diri. Itu lebih berharga. Tentu kita mahu pasangan kita berbangga dgn kita kerana pelbagai perkara.
Aku pon mahu jadi ‘diamond’ di mata org lain, terutama yg tersayang…



                                







http://reenreal.blog.friendster.com/2008/11/every-woman-shud-be-like-a-woman/

No comments:

Post a Comment