Sunday 6 March 2011

Bila LELAKI tak sedar diri

Musim kawen dtg lg. Aku mula gembira dengan undangan majlis2 kawen serba grand, mula excited tengok lakaran si Dilla wat henna kt Simrans.  Zaman aku dulu Rm 250 untuk sepasang tangan. Hari bahagia punya pasal.
Sempat "facebooking" dgn LOLA. Kalau si Lola ni depan mata, mesti nyaring sakan gelak bertemu aku. Kelebihan vocal Lola ni, boleh menjerit walau tengah sedih dan menangis. 

Hingga kini Lola masih mencari. Malah masih trauma diserang bini rakan pejabat yg menyangka mereka ada affair. Gara2 diri tidak berteman.
 Lola mahukan lelaki yg sederhana. Yg x byk meminta2, yg bkawan bukan krn paras kecantikan semata. Yg mahukan dia bkn krn dia bkereta & boleh diharap utk mbelanja sekali sekala. Yg paling penting bg Lola x melihat kekurangan dirinya sbg kecacatan & sebab utk kalah dgn gadis lain berfigure sempurna.
Lola mahukan lelaki yg melihat kekurangan dirinya sbg satu kecantikan. Jerawat bertabur itu cantik, tubuh gempal itu cantik, hidung bulat setongkol bawang itu cantik, kulit tidak berapa licin itu cantik, ketawa mengilai berdekah-dekah itu juga cantik.

Aku pon hairan mengapa sesetangah lelaki begitu berkeras & bersungguh menetapkan parameter tertentu yg tak berapa logik & x berapa masuk akal dlm hal2 bkaitan mcari pasangan hidup. Mcm lelaki yg ditemui Lola sebelum ni. Yg mahu yg bukan2 & sgt kompleks. 

Contoh- lelaki cepat terpikat dgn gadis berkulit putih kapas, lelaki cepat terpesona dgn gadis berhidung mancung ala Hindustan, lelaki cepat teransang dgn gadis ber ‘breast’ gembur & lelaki cepat ‘selera’ dgn gadis punggung pejal.

Lelaki mudah bkhayal dgn imejan2 bwh sedar. Nak yg perfect -  dlm kepala mesti ade kriteria begitu. 

Lelaki mcm ni perlukan cermin. Mungkin mereka x pnah melihat diri mereka sendiri di dlm cermin. Apa salahnya, sesekali tgk cermin, look inside, tanyalah diri sendiri : kalau aku nk sekian2 perkara, apakah aku juga memiliki sekian2 perkara?, kalau aku gatal nk sekian2 kualiti, apakah aku juga ada kualiti serupa?


Apa salahnya lelaki2 yg telalu byk special requirements ni merenung muka di cermin - cubalah sedar diri dan insafi diri : aku ni taklah ensem sgt + badan sekeping mcm pintu tandas belakang rumah nenek aku + gigi aku berlapis-lapis mcm perigi buta kampung aku + lubang hidung aku mcm serombong kapal barang yg singgah di Johor Port @ Gelang Patah + badan pon merenek bangkut mcm pokok bonsai kat bengkel mekanik Tauke Ah Leng.

Utk Lola, kau mesti pcaya suatu hari nanti kau akan dpertemukan juga dgn sum1 yg sebaik & sepadan. Tp x sapepon blh mjanjikan itu semua. Ia di luar kemampuan kita. Jelas Lola dah ready utk menerima seseorg wholeheartedly tp sayang, xde siapa pon tahu mhargai kecantikan dirinya dr satu sisi yg lain. Kerana sesetengah lelaki selalu mengukur kecantikan seseorg gadis dgn matanya semata2, bkn dgn mata hatinya. 

Lola, giv urself this chance to grow. Lupakan rasa kecewa. Biar lelaki plastic mencari awek plastic. Cinta x blh dpaksa-paksa.

There is always a time for everything. Now is the time to pack all the things that remind us of the bitter past, zip them in a bag, and throw it away forever. 



                          


                                        

No comments:

Post a Comment