Tuesday 22 March 2011

Sensitiviti Yang Rapuh itu Siapa?



Masih terganggu emosi akibat tsunami yg melanda Jepun.  Mencari kekuatan utk berkongsi rasa. Alhamdullillah masih ade rasa insaf dan kasihan. Tak pernah direkod sejarah- Pantai Timur Laut Jepun dilanda gempa bumi paling dasyat berukuran 9 skala Ritcher.  Gegaran mengundang gelombang tsunami dgn ombak 10 meter menyapu habis smua benda di atas muka bumi tanpa rasa kasihan. 


Sejak dulu gilakan drama Jepun,  dan actor paling diingati Takuya Kimura, Yutaka ,Takenouchi, Takeshi Kaneishiro dan watak Nodame & Chiaki dalam Nodame Contabile. Maka, diri terasa sgt terkait dgn kemalangan dasyat tu.

Innalilah hi wa inna illahi rojiun…




Tapi rasa macam tak boleh pulih rasa sedih dgn laporan2 media tempatan kita yg rapuh rasa simpati.  Kebodohan kartunis  Zoy serta editor Berita Minggu menyiarkan pula kartun ‘ultraman lari dikejar tsunami’ (Bertarikh 11 Mac, page 24,) apa niat yg cuba diterjemahkan?  Betapa rendah moral & sensitivity  manusia begitu. Jepun atau bukan Jepun mereka, mengapa nak bergurau sampai begitu? berapa tiggi nilai versi jurnalisma mereka yg terencat jiwa ini?



Paling memalukan, lakaran kartun yg x sensitif tu telah disiarkan di CNNiReport cabang milik CNN. 


iReport —
Local Malaysian newspaper Berita Harian published a caricature in their editor’s column today that depicts the popular Japanese cartoon character Ultraman as trying to outrun an incoming tsunami.
The publication has received tremendous criticisms by readers, who accuse the editors as being “inconsiderate and distasteful”. Several political leaders have even stepped out and demand a public apology, to which the editors promptly made on their publication’s Facebook fan page. – posted by Dancingtiger


Jatuhnya maruah Negara Malaysia- buat tak fikir! Lepas tu minta maaf. Serius editor sengal!
Sekali lagi sakit jiwa!

Kosmo Ahad, 13 Mac page 3. Dalam byk2 org hebat di Jepun, ,Maria Ozawa Ratu Pronografi Jepun dilaporkan selamat daripada malapetaka itu. OMG! Risau sgt dgn kehilangan pelakon Miyabi  itu.



Bagaimana kalau berita ini mengusik sentiment pelabur Jepun & antarabangsa?
Tak terkejut. ..Tak mustahil. 
Kes1

18 Jan lalu, pengguna lebuh raya sanggup bergadai nyawa mengutip duit syiling yg berterabur 100 meter di atas LebuhRaya Utara-Selatan. Semua gara2 sebuah pacuan 4 roda Hilux yg bawa sebuah peti besi berisi syiling dirempuh BMW sebelum terbabas dan terbalik di KM234 susur keluar Pedas. Seronok benor kutip orang ye!


Menurut Pemandu Toyota Hilux itu, Zairul Hisham Mansor, 28, beliau meminta mereka yg mengutip wang syiling tu utk memulangkan semula syiling tersebut yg bernilai RM 70,000.  Beliau hanya mampu melihat gelagat syilingnya dikutip pergi.

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harrussani Zakaria menegaskan, duit tersebut haram diambil serta digunakan kerana ia mempunyai pemilik dan ia wajib dikembalikan semula.
”Sepatutnya sebagai umat Islam, kita perlu menunjukkan kebaikan kita dengan membantu mengutip duit tersebut dan kemudian menyerahkannya kepada pemilik atau syarikat terbabit. Pada mereka yg dah ambil & dah guna tu, mcmne korang nk return balik?
Kes 2-
Orang awam ber'mewah'an mengutip beras yang tumpah di lebuhraya Utara-Selatan di KM394 berdekatan dengan Tanjung Malim.


Treler yang membawa kargo berisi beras telah bertembung dengan lori, akibatnya penduduk berdekatan dan pemandu kenderaan menyertai acara 'free-for all' ini. Pemandu lori yg parah mengerang minta di bawa ke hospital, di mana lukanya dihurung lalat ttp tidak dihiraukan penduduk setempat.  Kelindan lori dibiar mati di tepi jalan. 

Seperti ada penyakit jiwa dgn perilaku & sikap masyarakat kita hari ini. Inikah hasil 54 tahun kemerdekaan kita? Harta Negara harta aku, harta orang harta aku. 

No comments:

Post a Comment