Monday 19 September 2011

Bersalin di Private Hospital or Hospital Kerajaan

 “Bersalin kt mana nanti?” Tanya member aku berkenaan lokasi nk deliver baby.
“Insya Allah, HTAA Kuantan..”
“ laa..kenapa x osptal private je..”dia menambah.
Ini bukan 1st time org bg reaksi camtu bila aku btau nk bsalin kat ospital gomen. Aku jawab, sbb mak mentua aku sister pencen di ospital yg sama, kami laki bini pon confident dgn kehadiran emak kami itu di osptal kelak.
Sebenarnya aku dah banyak dengar citer & pengalaman kurang sedap mereka2 yg bersalin di ospital gomen ni. 

Kes 1
“Ospital gomen ni layanannya kasar, hak sebagai pesakit tidak dijaga, ditengking, diherdik, macam lah kita ni rakyat asing”.

Kes 2
“ Reen, ko mesti belajar teknik pushing (meneran), nanti tak pasal2 kena sound dgn nurse, belajar tinggi-tinggi pon tak pandai meneran!” takkan lah nak kaitkan teknik & skill meneran tu dgn belajar tinggi-tinggi? Bukan syllabus university diajar pon. Pelik aku.

Kes 3
Yang ni aku serun giler. Kak Ieda lahirkan anak pertama dulu kt spital gomen (skang preggy anak ke-4, sama tempoh ngan aku). Dia lahirkan baby kul 5pagi,  jahitan dijahit jam 7 pg. giler lama dia tunggu. Then time doctor tu selok2 vagina dia, sakit yg amat sangat maka Kak Ieda tersentak dan tertendang doctor tu. “ Ha..ape lagi angkat punggung
tu, yg awak tendang2 saya ni buat ape?” luka torehan bersalin tu dijahit tanpa bius beb!!! Jahit hidup-hidup! Tak de bahasa punya doctor.

Kes 4

Yang ni kakak Hanin, coursemate aku dulu. Bukan citer time deliver baby, tp dalam tempoh pantang kakaknya pelik kenapa area rahimnya masih rase sakit. Kadang2 kuar cecair kuning & berbau busuk amat sgt. Then bila dia refer doctor, rupanya ade sisa kain (gauze) dalam rahim dia yg agak panjang. Aku mmg pelik, besar sgt ruang rahim lepas deliver baby sampai masuk bendasing ketika sesi jahitan? Then doctor tu minta jgnlah dibesar2 isu ni. Berlaku di HKL.

Kebaikan melahirkan anak di Hospital Kerajaan

1.   Hospital swasta tak tanggung risiko kehilangan nyawa. Hospital gomen tanggung risiko ini. Kebiasaannya spital gomen akan terima kes ini even risiko dtg berganda sbb tak simpan rekod mengandung ibu.
2.   Sebab attitude pekerja ospital yg ade perasaan, “kalau senang private amik, kalau susah2 serah pada kita”. Maka takdelah keikhlasan di hati mereka2 ni dan wujudlah sesi marah2 dgn jadikan tiada rekod sbg alasan.
3.   Ada juga situasi staff mendahulukan pesakit mereka dari pesakit yg dihantar ospital private ni.  


Kes 1 
“Bersalin di HKL, alhamdullilah ibu & baby selamat pulang dgn selamat. Ade ramai doctor pakar & nurse yg membantu. “
Kes 2
Bersalin kt Osptal Kajang, saya puas hati even kena operate coz baby hampir lemas. Even nyawa baby & ibu 50-50 tp Alhamdulillah Doktor & nurse jaga kami dgn baik sgt.
Kes 3
Sgt bertuah ada bbrapa student praktikal yg jaga saya dgn baik & ajar mcm mana nk perah susu guna tgn bg pd baby yg berada dlm NICU utk rawatan. At least saya x perlu beli alatan perahan susu yg mahal.

Kesimpulannya….
Bersalin kt mana-mana pon ade risikonya. Tapi letakkan rase tawakal kepada Allah.  Ada beberapa amalan & surah tertentu yg boleh diamalkan ibu & bapa utk memudahkan bersalin.
Bagi aku, utk ibu-ibu  1st timer ada bbrapa perkara yg perlu dipertimbangkan sebelum decide PRIVATE OR GOMEN. 

Kondisi Kandungan 


Setakat ni, kandungan macam mana? Pernah ada masalah?  Atau normal sentiasa time check-up.  Kalau normal, Alhamdulillah.
Yang penting, pilih hospital yg ade kelengkapan lengkap utk menyambut kelahiran serta standby utk baby kalau berlaku komplikasi. Ini termasuk ada pakar sakit puan dan pakar kanak-kanak oncall,  ada wad neonatal ( NICU) juga kemudahan incubator etc. certain birthing centre yg kecik2 ni takde paediatrician & kemudahan incubator. Insya Allah kalau ospital gomen smua tu ada. 
  
Financial
Kalau staff gomen ade GL. Staff swasta ada GL dari majikan atau perlindungan insurance.
Tujuan berjaga-jaga sekiranya ada komplikasi..maklum lah kita x tau benda nk jadi.
Kalau ada GL, smua osptal gomen cover. Kalau bersalin normal smua boleh bayar, tp kalau baby ade problem (nauzubillah) masuk NICU berhari2..kos rawatan beribu2 sehari.
Kalau bersalin private, cepat2 booking supaya sempat wat check-up at least sekali..jgn terus dtg nk bersalin je..nnt pihak ospital x tau pregnancy history.


Yang penting sekali, peruntukan utk bersalin mesti ada…dan alternative lain- perlindungan insurance. 

   

No comments:

Post a Comment