Sunday 11 September 2011

Menantu HANTU!!!

Tak sempat nak beraya umah kawan2, maklumlah tahun ni turn belah suami beraya. Jauh nya aku meninggalkan JB skang ni. Kalau nak kenang zaman anak dara beraya dulu, x mungkin aku lupa kisah kelat org baru berkahwin berpuasa & beraya umah mentua. Benar2 beri pengajaran. Semoga dpt kongsi ilmu hidup berumantangga ni dgn korang ye… JJ  

“Malang dpt akak ipar mcm tu” bentak Farah bila aku tanya psl akak ipar dia. Yelah majlis kahwin meriah. Sblum ni aku slalu tegur sikap Farah mburukkan akak ipar sendiri. Tp bila mdengar sendiri dari ibunya, aku mula menimbang tara fakta yg diceritakan. Abang nya bertemu Si Kemproh (bukan nama sebenar) ketika di kampus dulu, konon sama cantik + setaraf. Cpat benar decide nk tunang, kenal br setaun. Then announce nk kawen. Katanye perkara baik jgn ditangguh lelama.


Hari minggu bangun smpi matari atas kepala, xde segan silu pd mentua. Mcm org gaji dbuatnye org tua tu pagi2 wat sarapan. Dgn muka selamba, duduk ngadap meja. Terus makan! Tu pon si Farah jd jam loceng, klu x..jgn dharap dia laki bini nk bangun. Blom campur lg tgk dia mbebel kalo meja kosong xde sarapan. Bukannya  ringan mulut tanya ape yg blh dbantu. “Menantu ape mcm tu”. Bukan tak mahu ditegur, ibu Farah risau niatnya disalahertikan dan hubungan family jadi renggang. 

“Bayangkn reen, bln posa lpas, aku & mak aku berhempas pulas kat dapur siapkan juadah berbuka. Dia boleh bantai tido pas blk keje”. Aku pon pnat keje, tak sampai ati nak biar mak aku sorg2 kt dapur. Masa nk berbuka terhegeh-egeh cuci muka. Then mcm biasa, selamba makan. Pas makan lempar je pinggan kat singki.

Sikap Si Kemproh tu makin melampau + menjadi-jadi. Sikap buruknya kian menyerlah bila hampir Aidilfitri. Betul2 menguji ksabaran ibu Farah. Sehari-dua sblom raya, umah Farah meriah dgn adik beradik + anaks sedara balik. Suasana ceria..tp ia tak disenangi Si Kemproh.
Ditengkingnya budak2 ni sbb bising. Kononnya bingit, memekak je dan  disuruh budak2 tu main kt luar. Bila kakak Farah dengar Si Kemproh jeritkan anaknya, abihlah perang. Farah dah citer semuanya..mmg dia cari modallah. Bagai disimbah minyak Along Farah. Bukan mcm ibu Farah yg lembut hati.

“Sebaik abang Farah balik keje, si Kemproh ajak berbuka di rumahnya. Dgn muka mcm musibat, dia selamba langkah mak aku anak beranak yg sibuk menganyam ketupat. Bukan nk cakap tumpang lalu ke hape. Paling sakit ati, diam2 dia bungkus kuih raya mak aku bikin dan bawa ke rumah mak dia. Along kate lagi, dia menantu kurang ajar. Nasib mak malang dpt menantu mcm dia. “Mak aku cuba sabarkn Along, tgh2 posa, kurang pahala”. 

Akhirnya..skang ni abang Farah pindah keluar. Tak sanggup tgk drama lg. Abangnye akui, silapnya tidak tegur & biarkan isterinya bertindak biadap terhadap keluarga sendiri. Insya-Allah janji abangnye, dia akan ubah sikap Kemproh perlahan-lahan. Emph.. Farah kate raya ni langsung tak bertandang ke rumah.

Demikianlah kisah kelat yg dilalui oleh seorg mentua yg bermenantukan gadis yg kurang ilmu dlm isilah kekeluargaan. Tak mustahil sikap Si Kemproh biasan dlm masyarakat kita skang ni.
Jika kamu..! ya kamu, bersikap seperti itu..ubahlah secepat mungkin. Jadilah menantu sanjungan mentua. Jika yg salah itu berpunca dr kita, sbg menantu tak salah jika kita mohon ampun & restu utk terus hidup di smping anaknya. Jgn direbut kasih suami dr familynya, kita tak akan menang. Cmon gal..hubungan suami isteri ada talaknya..tp adik beradik + ibu ayah x akan putus. 

Ingatlah pesan Rasullah SAW..ibu mentua mcm ibu kita juga. Derhaka kpd mentua sama derhaka kpd mak sendiri. (Oh tidak!! I luv my mums)

Utk isteri2 + aweks2 semua, mari kita tunjuk sikap hormat pd mentua @ bakal mentua supaya cinta hati kamu sayang kamu selalu Till then…Selamat beraya!!! Spread luv!!











No comments:

Post a Comment