Wednesday 11 January 2012

Opposite Position Part 3

Kat cni Alya lahir
Part 3


9.45am - Keputusan doctor, akhirnya kena kuar ‘ikut tingkap’. Bila Arif kata asalkan baby & aku selamat..aku jadi berani nak masuk dewan bedah.

 Lepas amik darah, utk ke dewan bedah aku kena naik ambulan. Keadaan kat luar hujan gerimis + mendung. Dengan baik hati nak elak muka aku dari tempias dek hujan, makanya ditutup penuh muka aku ngan kain.  Cis, mesti org igt ada kematian kan..tp aku tak kisah dah, sakit contraction tu berterusan nih,

cepatlah selesai. Hanya Allah saje yg boleh bantu utk tahan & bersabar sbyk yg boleh. Istigfar banyak2..subhanallah…demi anakku ini..mengalir air mata lagi.

Sampai di dewan bedah, kena tunggu lak operasi pembedahan sebelumnya. Sejuk dewan bersalin ni buat aku menggigil..”sabar ye puan, sekejap lagi kita masuk”. Lega bila staff nurse btau. Ada byk dokumen kena sign.  

“saya doctor yang akan keluarkan baby puan ye, kita akan mulakan sekarang”. Aku diminta duduk, pegang satu bantal, tahan pada satu palang besi, meke cucuk bius pada tulang  belakang. Baring semula. Mata lak ditutup. 2 tangan mendepa. Mula rasa kebas dari paras pinggang. Hoh..terus x rasa contraction tu lagi. 


Selesai  operasi
Anak Mama
Ayat kursi adalah antara ayat2 yg boleh mengurangkan rasa sakit bersalin. Aku sedar operation ni, aku juga sedar bila badan aku bergerak2 kerana usaha tarik semula baby yg berada dlm ruang pelvic kembali ke ruang rahim utk dikeluarkan. Kalaulah xde bius..sakitnya di hujung nyawa. Beberapa minit pastu..chak!!..aku dengar benda keluar..tarraa..waawaaa that’s it..my baby is crying…berdebar2 rasa. Aku dngar meke rekod berat, ukur lilit kepala bla bla…

Time ni mata dah boleh buka, “puan, tengok baby puan”, aku toleh kanan, seperti yg didoakan selalu..confirm baby girl…laju je air mata..thanks pada meke yg ada di situ. Meke tepuk bahu aku & kata semua dah selamat. “tahniah ye puan”.

Dari lampu di atas kepala, aku nampak kerja2 menjahit semula kesan torehan. Tak sanggup nk tengok lama2, banyaknye darah..

Budak ni la yg selalu tendang2 perot mama
“puan, baby puan dalam keadaan terlentang, bukan meniarap macam biasa”, dia mendongak ke langit”, doctor tu tambah lagi, masa kandungan bulan 7-8 dia dah turun ke pelvic.

6 jam selepas pembedahan barulah terasa sakitnya kesan pembedahan. Menggigil nak turun katil. Sakit sungguh. Sape yg melalui mesti faham kan. Utk 3 hari pertama kelahiran Alya benar2 mencabar kami berdua. Insya Allah akan di post pd masa akan datang. 


1 comment: