Friday 24 February 2012

Cinta Bawah Ketiak

February hampir ke penghujung, movie romantik berterusan dlm chanel astro. menonton movie begini tiba2 terfikir alangkah semarak dan bergetarnya perasaan kala bujangan dan berpasangan.  Bersyukur cinta selepas perkahwinan masih menggerutup dan masih membuat hati kembang merucup kerana saling memiliki. Jatuh-bangun-marah-merajuk-pujuk-degil-mengalah memang gula2 dan garam perkahwinan. Yelah..itu yang membuat kita faham ape itu perhubungan & ikatan.

 Zaman study dulu bila Valentine muncul, macam2 acara diadakan. Hantar gula2, coklat, bunga kepada secret admirer. Kepada mereka yg bercouple tu sibuk nak sambut Valentine di mana2 lokasi yg murah & typical- M’c D.

Masa tu terfikir juga Valentine ini mesti disambutkah? Hanya untuk pasangan bercinta? Pasangan ini sentiasa bahagia kah? Semua serba serbi bahagia kah? Segalanya sempurnakah?

My hubby ke Ulu Yam utk training sabtu lepas. Kisah Ulu Yam ni mengingatkan aku pada Kamelia & Kolek (nama sebenar tidak diketahui). Merpati sejoli ni satu masa dulu macam belangkas. Sakan bercinta. Tengok Kamelia selalu terlenting ke sana, terlenting ke sini,tergedik sana tergedik sini. Ghairah betul membonceng motor Si Kolek, macamlah mamat tu sorang je ada motor dalam Msia ni. Yang sakan kuar siang-malam-siang-malam. Ntah dicampak assignment + group discussion  + presentation etc. Semua terabai. “tu kalau asyik sangat bercinta, nanti lama2 terduduk juga”.

Dalam banyak2 cara untuk mengucapkan cinta, perlakuan manis, kejutan kecil berala drama menghiburkan hati atau belaian sayang- Kamelia & kOlek..haahaha memilih peristiwa mencabut bulu ketiak di bawah pohon di  atas batu tepi sungai sebagai gerakan eksperesi cinta yang paling sensual. Betullah kat orang, “pasal cinta, kentut pon wangi & sedap dihidu sepanjang hari.

Kami-kawan2 hampir mengalirkan air mata mengenangkan gelagat Kamelia yg sungguh ghairah bercinta sehingga terlupa dan tak kenal yang mana malu, yang mana kurang manis, yang mana kurang sopan dan yang mana kurang wajar lagi mengaibkan.

Perkelahan air terjun Ulu Yam cuma peristiwa kecil bagaimana Kamelia bersusah payah membuktikan betapa hatinya begitu terbuka oleh cinta yang tak berbelah bagi. Bersinglet nipis tanpa baju dalam, sambil puncak Kinabalu terang-terangan tertegak dari baju yang basah sambil berbaring atas batu sungai berlumut.


Waah waah barangkali itu agaknya yg membuat Si Kolek sungguh syok sekali dan tiba2 aje terus jadi gelojoh menolong mencabut bulu ketiak Kamelia satu persatu, dlm kesejukan angin berdesir. Kerana cinta, duduk di bawah lengan yang masam menjadi perkara paling sedap. Dan Kamelia sudah tentulah dia juga rasa sungguh sedap sekali kerana ada pula sorang manusia lain yg sanggup menolong mencabutkan bulu ketiaknya!  

Hari ini aku dpt tau So Kolek dah menceraikan Kamelia dgn talak satu. Dengan alasan hati tiada persefahaman dan jiwa sudah tiada sehaluan. Peliknya...3 anak merenek-renek berderet-deret macam pokok bonsai itu rupanya bukan bukti utuh lagi teguh betapa 10 tahun (bercinta + kawen) yang dihabiskan selama ni bukan kerana sebenar cinta.

Pelik lah hidup ni, setelah bersusah-payah mengembangkan sauh perkahwinan bersama-sama, rupanya manusia begitu mudah kalah kepada tekanan. Dan kerana nafsu menumpul, maka cinta pon terpadam akhirnya.

Itu kisah cinta di bawah ketiak versi Kamelia-Si Kolek. Tapi aku kenal satu lagi Cinta di Bawah Ketiak. Dia ni sanggup duduk bawah ketiak yg berpeluh lekit dgn kesibukan mengemas rumah + menyapu sampah + bau sambal tumisan bagai= sebab dia lapar + haus + ngantuk. Itulah Nur Alya Farisya Muhammad Arif. Menjerit mencari mama yg menjadi supplier bekalan susu utamanya :-) bila abahnya tengok sambil geleng kepala..it’s wrong katanya…

Tempat berdating kami pon ade unsur air gak Taman Ilmu UTM-2005-2006

Nasihat utk diri sendiri, kawan2 yg baru masuk alam rumahtangga serta senior semua- selamat berkasih sayang, selamat menyambut hari berkasih sayang. Peganglah tali cinta kita dgn jujur, hati teguh, hemah tinggi, menyanjung budi.  Till then, Spread Love!!


No comments:

Post a Comment