Monday 12 November 2012

Belasungkawa Almarhumah Notrafidah Othman


Macam ade yang tak kena pada hari itu. Melihat gambar-gambar lama di sekitar laman Facebook dan hari ini aku menziarah web page zaman lampau dan popular-Friendster. A relationship is like a garden.

Dalam fenomena kegilaan Friendster, ade seorang ni yang aku rase sangat pelik- tidak minat & tiada akaun connecting wif people ini. Dia pilih untuk hidup selesa dlm zonnya sendiri. Kelihatan sunyi dan senyap…

2005. First year, 2nd semester.

“dah pukul berape, ko nak kuar ni, ntah kul bape nak balik”.
“ntah la, tadi kate dah nak sampai”, balas beliau. Sambil matanye tak lepas memandang tingkap.


Akhirnya, itu malam terakhir dia menunggu dan menanti. Kisah cintanya ditanam dalam hati, tak mahu berkongsi dan memilih menangis sendiri..sendirian. 

Lelaki itu, katanya sudah mendapat tempat di dalam hati ketika tahun pertamanya di UITM dan lelaki itulah seniornya. Memilih UTM Skudai sbg pilihan kursus ijazah juga menjadi peluang untuk bertemu muka dgn buah hati itu. Yelah, lelaki tu keluarganya di Pasir Gudang malah bertugas di Tebrau City.

Malangnya..lelaki pengecut itu memilih untuk berdiam diri dan berdalih sebagai tanda penolakan. Kau menangis sendiri…sedangkan aku. Ya..aku pilih menjauhkan diri. Walaupun kau dekat di depan mata, tapi aku baru bertemu si buah hati..Kekanda namanya. Hmmm nampaknya aku menjadikan cinta baru itu sbg penyebab kite renggang.

2006, Second year.

sekadar hiasan :)
Berpakat memilih Kolej Perdana dengan harapan menghirup suasana baru. Serba baru. Di sinilah titik permulaan kejayaan syaitan menghasut dua sahabat berantakan. Aku patut disalahkan atas banyak banyak perkara. Aku malu mengimbas sikap dan perlakuan. 

Pengabaian peranan kepada kerja2 ekademik serta tingkahlaku seorang sahabat. Keadaan jadi kronik dengan campurtangan pensyarah yang kurang arif dan tiada timbangrasa. Oo..perempuan kertu bermuka ugly itu tidak  memulihkan konflik kami. Walaupun petunjuk dan akibat sudah terbentang depan mata, kalau sudah namanya hasutan syaitan..ego sudah dapat tempat pertama dalam kepala. I've pack all my things and move back to W1. 

2007. Third year. Kolej 12. 

Keputusan kembali ke sini aku berjaya melupakan kau. Ego. Aku hilang teman berjoging. Eh, salah. Kau tak suka jogging sbb kau tak de kasot. Ok, tapi aku suka bila kau tunggu aku di belakang kolej dengan botol air. 

Itu semua dah berlalu. Tahun akhir ini Kekanda aku dah tamat pengajian, maka barulah aku sedar kawan yang selama ni yang disia-siakan. Ada banyak yang berubah selepas kejadian itu. Ade banyak perkara yang aku sesali.

Kita sekelas, kita selalu jumpe, tapi kita selalu pilih jalan lain.

Hinggalah....kita grad dan ade haluan serta tanggungjawab masing-masing.

Pertengahan 2008.

Alhamdulillah..pengalaman dan peredaran masa ini beri peluang aku menghubungi kau semula. Selepas perkhabaran bonda kau kembali ke rahmatullah. Only ONE sms. She did reply the message.

November 2012

10.11.12 macam nafas terhenti bila perkhabaran kau dijemput kembali ke rahmatullah. Yang Lebih Menyayangimu, Yang Paling Merinduimu.

walking down memory lane
Ya..relationship is like a garden. Kalau kita mahu hubungan dengan insan lain itu menjadi dan kekal, kita mesti menjaga dengan cermat sepenuh perhatian.

Kali ini hati rase sakit, air mata jadi murah, rase rindu yang sangat agung paling tidak terubat.

Notrafidah …Hoi..aku rindu kat kau la. Ida, sejak kita tak jumpe ni kaki kau selalu cagu tak? Kau ni sampai bila nak pandai potong kuku ha? Dah keje ni kau belilah kasot yang elok sikit, asyik melecet je. Asyik  asyik beli plaster. 



Belasungkawa sahabat…

Daripada Ummu Salamah r.a Rasullah saw bersabda, “apabila seseorang ditimpa bencana, hendaklah mengucapkan sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadaNya kita kembali”. Ya Allah berikanlah ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik..

Maksudnya:

Seseorang hendaklah redha dan menerima hakikat bahawa setiap yang hidup akan mati. Rasullah saw menganjurkan kita mengamalkan doa apabila ditimpa ujian berbentuk kematian dan sebagainya di mana doa itu dibaca dengan penuh keyakinan supaya hati kembali tenang dan lapang.. kemungkinan dengan kesabaran itu, 



Allah swt akan memberikan sesuatu ganjaran atau balasan yang baik kerana segalanya adalah bergantung kepada ketentuan dan kehendakNYa.














No comments:

Post a Comment