Saturday 30 June 2012

Kotak Cinta 2nd Edition


Yeay, hampir ke penghujung June! Mode meraikan perkahwinan sahabat tercinta “Cik Liza Umah Depan Carrefour” sudah terasa. Meaning : klik zaman skolah semuanya  sudah berkawen. Kami ini masih berhubung, mengambil kisah pada skrin, berkongsi harapan dan fikiran untuk diri sendiri dan family masing-masing. Zaman sekolah – ade duka, ade suka, ade pedih tapi banyak manis.

belakang kelas kita 99 (lia, aku dah abih idea
apsal muka ko x masuk frame)


Untuk Liza semoga dikurniakan suami yg flexible, tolak ansur dan memelihara kasih sayang. Insya Allah, mudah-mudahan Redha Allah mengiringmu selalu serta Mawaddah Wa Rahmah-Nya   J  
Bermulalah  titik permulaan keje2 menyiapkan makan minum dgn cinta dan sayang ada di dalamnya…takat basuh baju tekan suis je. Masak tu tidak wajib tapi teman suami makan itu yg wajib ya.
tembok longkang pagar skolah '99


Selamat memelihara emosi dan memelihara kasih sayang  J
NGETEH
“Sudah berkahwin nanti, senanglah hati. Tidak perlu runsing-runsing lagi” kata Ali.
“Baju pun tak payah basuh sendiri. Sudah ada washing machine pelbagai guna!” sampuk Amir.

Semua ketawa. Berderai-derai, menyambut hari akhir bujangnya Ali.
walaupun semua kawan2 ketawa, hati Ali terbit rasa gelisah. Dia tahu, harapannya terhadap Hani, bakal isterinya, jauh lebih tinggi dan mulia daripada gurauan kawannya itu. Dia berharap agar perkahwinannya itu nanti akan menjadi mahligai hidup. Bayangannya banyak dibantu oleh drama, novel, dan kisah mulut yang didengari selama ini.
Tmn Bunga JB
Jamuan Akhir Tahun 1998
Malah sebahagiannya adalah bayangan ciptaannya sendiri. 
Perkahwinan itu indah dan membahagiakan.
KENANGAN…

Peristiwa gurau senda Ali bersama rakan-rakannya di restoren 24 jam mamak itu sudah lima tahun berlalu. Ali dan Hani juga sudah dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel. Ia benar-benar seperti watak-watak mahligai hidup yang pernah dibayangkannya dahulu. Dua insan sebagai pasangan yang sempurna, sepasang cahaya mata, seorang lelaki seorang perempuan.  Mereka bahagia.
Tetapi semacam ada sesuatu yang tidak kena. Apabila Ali keluar bersama rakan-rakannya, beliau gembira. Ketawa. Walaupun ketawanya tidak sampai melegakan hati, masih menjadi paracetamol  yang melegakan. Bila Ali pulang ke rumah, kepalanya serabut. Melihat Hani, dan merenung keletah anak-anak, ia tidak lagi menyejukkan mata. Ia memanaskan emosi dan rimas.
Ali tertanya-tanya mengahwini Hani merupakan tindakan yang betul?
Jika cinta di luar perkahwinan banyak halangan dan kesukaran, mengapa selepas halangan-halangan itu hilang, perkahwinan tidak memberi bahagia?
HAKIKATNYA

Dalam perkahwinan tiada cinta.
Ia seperti sebuah kotak yang kosong.
Cinta hanya ada dalam diri manusia.
Maka manusialah yang mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta.
Apabila manusia mula berhenti mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta, ia kembali menjadi sebuah kotak yang kosong.
Perkahwinan,ianya seperti zon saling memberi. 
Banyak mengambil kurang memberi, perkahwinan kembali menjadi kotak kosong, sebuah penjara!
Untuk Liza kesayanganku…selamat menjadi isteri. You are a Woman now. Zaman perkahwinan -  ade gembira, ade dugaan, ade musibah, ade rezeki, ade segalanya. 


RAHSIA

Pada mereka yg baru kawen beberapa bulan tu, tahniah juga. Belajar- belajarlah menyimpan rahsia. Jangan semua nak update status. Takot- takot dah terbiasa jadi riak tunjuk bahagia. Mungkin juga..mengundang jelak dan jelik (mana satu betul?)
Tiap –tiap malam adalah malam jumaat – for your knows only hokeh!.

Simpan-simpanlah…peace! 

Till then..spread Love!




No comments:

Post a Comment