Tuesday 7 June 2011

Love vs Passion

Love vs Passion – if you are to choose, adakah kamu akan pilih passion kamu? Atau the love of your life
Bila tanya pd 3 org ‘teman ngobrol’ aku ni – dari jawapan diberi, I can relate to them
Farah, tanpa ragu2 menjawab ‘boyfriend. For sure’. Mengapa?. Sebab..jika passion yg dipilih, kita akan alone, jika boyfriend, kita tidak bersendirian, jiwa akan terisi penuh. 

Jawapan Oya pula almost prefect – Ala simple je, my true passion will always be the one I love. Anything else can wait. 

Liza pula memilih buah hatinya, simply kerana passion boleh dicari semula, dibina & dibentuk, tapi bukan kekasih, kerana jika yang patah boleh berganti sekalipon, pucuk yang tumbuh semula, tak mungkin sama. (Err..ko still igt x-boy ko yg bengong tu ke?)

Love takes time. Setuju ke tidak? Byk daripada kita (ppuan) selalu berfikir cinta itu proses automatik – sebab kita ni selalu sgt dimanja + diangankan dgn pepatah “cinta pandang pertama”. So kita percaya, mesti jadi dalam life kita.  Cinta itu cepat macam kilat yang menyambar + cinta itu lebih cepat dari air takungan daun keladi yg jatuh ke tanah. Kita wanita, selalu percaya cinta yg teguh dan sebenar, berlaku amat pantas.

When two people simply fall in love, and then spend the rest of their lives together. Begitu shj. 

Dulu, sebelum nak kawen, kadang-kadang rasa sikit kecelaruan + kegusaran. Betul ke aku dah jumpe passion aku? Tidak bolehkah pilihan aku ini merangkap passion + cinta sekaligus? Atau mmg Arif kesayangan aku itu passion tp aku yg susah nak memahaminya. Aku nak habiskan riwayat hidup dgn passion aku. @#$%^&*? Pening pening…

When you do meet a woman that wants the same thing you want – you will be a grateful. contoh la aku kawen dgn zoologist + archeologist yg macam Datuk Dr Adi Taha (bekas ketua Pengarah Muzium Negara) atau manusia hebat macam Prof Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi (Timbalan Pengarah Institut Alam & Tamadun Melayu UKM) mungkin diorang ni akan berkongsi kegembiraannya dgn penemuan gigi dinasour berusia 1000 tahun serta usaha menemukan rangka manusia pra sejarah berusia antara 1000-3000 tahun di Pulau Kelumpang Taiping dulu tu. Walaupun logiknya, itu hanyalah sebatang gigi, yg sinonim dgn kotor + busuk dan ntahapaapa lagi-  GIGI! Atau sure aku gila kerisauan kot-kot roh rangka2 manusia itu ikut pulang ke rumah & menganggu kami sekeluarga (macam movie The Mummy). 

Tapi aku sure, isteri2 diorang ini mempunyai passion yang kuat. Selalu menyokong dgn karier suami mereka. Even menerima panggilan pagi2 buta dr suami dari Gua Niah mengkhabarkan penemuan sampel fosil manusia zaman Paleolitik. 

Kini, aku yakin telah menemui passion yg aku cari. dalam tempoh setaun berkahwin ni, mulanya aku mengalami kesukaran pada passion si Arif ni, yg boleh ngadap komputer utk macam2 aktiviti membuang + menuang masa (pada akulah).  Games yg tak menggunakan fizikal movements. Tp tu lebih baik dari hobi memancing yg tak duduk rumah dan guna modal yg byk. 
 
My passion = suka fashion & suka bergaya. Suka tgk & pakai pumps shoe mcm Kate Reed dlm Fairly Legal, berangan memiliki beg aligator LV yg ori.
Tapi....aku x mungkin memilih passion ‘ orang suka bergaya’ utk dijadikan suami. Maka, aku tak nyesal langsung bye bye kan Nazri yg terlalu suka menggayakan rambot ala2 Korea dgn berhabis duit di salon.

Juga tak hard up dgn Mr Rizal yg smart sepanjang masa, bertali leher, tggu depan opis dgn bekalan M’c D utk lunch sama. Malangnya ko Rizal, minyak itam kete pon ko x pandai servis sendiri. Aku terpaksa menahan malu bila ko mengamuk di luar kampus bila kita putus seputus putusnya.  

Juga memulangkan smula hati abg polis yg pernah diberi pada aku dulu. Sebab aku manusia suka makan & masak, maka idea makan luar lebih jimat dari masak kt umah tak boleh diterima. Awak lebih suka dapor suci nirmala dari kesan proses memasak..hoh! 

Terima kasih utk smua abang2 kandung aku yg betul2 masuk campor dalam hubungan ‘buaya prend’ aku dulu. Walaupun nasihat waktu itu sgt keras & berat, 10 tahun baru boleh hadam...

Passion vs Cinta, Passion mmg boleh dibentuk, tp passion x boleh beli pampers baby & susu anak, Pilih cinta, Insya Allah, cinta mendorong & menerbitkan rasa tanggungjawab & tolak ansur. Till then, ayuh! sebarkan Cinta! 

No comments:

Post a Comment